Tuesday 7 May 2013

TRIP KE LEMBAH BIO-TEK JOHOR

Aku rasa sem ni aku banyak berjalan. Mula-mula pergi Perlis sebab MIRoC 2013. Lepas tu aku pergi Johor ikut trip yang di anjurkan oleh MSAE-SC yang pengarah programnya member aku sendiri. Best juga pergi sana. Macam-macam boleh tengok. Kalau kat kampung susah nak pegang kerbau. Dekat sana senang saja nak pegang kerbau. Besarlah juga tempat tu. Tujuan asal lawatan ini nak ke kilang pemprosesan ayam dan Lembah Bio-Tek ni cuma aktiviti sampingan. Tapi di sebabkan kilang pemprosesan ayan tersebut tutup. Terus pergi ke Lembah Bio-Tek ini.


Ini antara gambar selepas ketibaan kami di Lembah bio-Tek dan juga selepas menjamu makan tengah hari dan solat zohor. 



Ini adalah pegawai yang terlibat untuk memberi taklimat mengenai kilan pemprosesan ayam yang kami tidak dapat pergi kerana kilang tersebut tidak beroperasi.





Ini pula taklimat dari pegawai mengenai kawasan Lembah Bio-Tek serta tanaman dan ternakan yang di buat di situ.






Ini pula tiga gambar ketika pemberian cenderahati dari UPM kepada pegawai di sana.


 Ini adalah saat menjamu minum petang sebelum melawat kawasan di Lembah Bio-Tek ini.

Ini pula gambar ramai peserta yang pergi trip ke lembah Bio-Tek. Lawa sungguh pemandangannya.

Ini adalah gambar dua orang yang berani dekat dengan lembu. Ramai lagi yang berani sebenarnya. Tapu tidak ada gambar pada aku.

Ini pila gambar kerbau. Kata orang yang menternaknya. Di negeri lain susah nak jumpa kerbau kecuali dekat Negeri Sembilan saja. Sebab dekat Negeri Sembilan banyak kerbau. (Banggo eden jadi anak Nogori).

Ini saat kami ingin naik ke kandang kambing.

 Ini pula pengarah program nak wat rambut kambing tu macam rambut dia. Kambing pun jadi jugalah.

Ini pula gambar anak kambing yang baru di lahirkan. Rezeki aku dapat tengok anak kambing baru lahir. Basah lagi tu. Tak boleh berdiri lagi.

Ini pula gambar anak dara yang berani memeluk kambing(Anak kambing ja). Tidak ada bau kambing ke?

 Perkara paling penting dapat belajar bagaimana ingin memerah susu kambing untuk mendaoatkan susu kambing yang segar dan berkualiti.

Inilah saat yang di nanti, apabila dapat minum susu segar dari ladang. Susu kambing asli tu. Dekat kedai payah nak cari susu segar macam ini.

Habis melawat kambing tibalah pula untuk memberi ikan makan.

Ini adalah gambar kenangan sebelum bertolak pulang ke UPM.

Nanti kalau ada masa nanti kita buat trip ke sana lagi dan kali ini kena pastikan dapat pergi ke kilang pemprosesan ayam.

No comments:

Post a Comment