Wednesday 11 December 2013

KEYCHAIN YANG TERBARU

Keychain aku mula bertambah sekarang. Tidak tahulah aku berapa banyak keychain yang aku ada sekarang ini. Yang terbaru aku dapat keychain Singapore pemberian member sebilik aku sebab dia ade lawatan ke sana. Ada juga yang aku beli sendiri dan ada ada yang di beri oleh usu aku. Yang paling bermakna keychain pemberian dari seseorang yang istimewa.

Aku akan masukkan sekali gambar keychain terbaru aku.










Tuesday 3 December 2013

PHOTOSHOP

Setelah 7 tahun aku tinggalkan alam menggunakan software seperti photoshop, 3D image dan sebagainya. Aku menggunakan semula software photoshop. Itu pun aku dah banyak lupa bagaimana hendak menggunakan photoshop ini. Tapi alhamdululillah aku berjaya juga menggunakannya untuk menghasil 2 poster yang aku rasa tidaklah sehebat orang yang terlibat dalam bidang designer. Aku cuma amatur yang baru hendak belajar saja. Lagi pun masa sekolah dulu pun aku tidaklah sehebat kawan-kawan aku. Aku biasa-biasa saja.

Di sini aku akan masukkan sekali poster yang telah aku hasilkan.


 Yang ini poster yang pertama aku buat. Tidaklah lawa mana. Okeylah juga walaupun dah lama tidak menggunakan photoshop.


Yang ini pula poster kedua aku buat dan poster ini telah dipersetujui dan poster ini akan dibuat untuk banner ketika hari kejadian. Yang ini aku buat dalam masa yang amat singkat berbanding poster pertama. Al-maklumlah, lama tidak menggunakan software photoshop. Tu yang jadi lambat sikit tu masa nak hasilkan poster pertama.

Thursday 7 November 2013

TIDAK ADA KERJA

Cuti-cuti ni kalau tidak ada kerja nak buat. Ada saja aku nak buat. Hari ini aku oergi ngoca ikan dekat sungai belakang rumah aku. Dapatlah buat lauk. Besar-besar pulak tu dapat. Lebih dari 30 ekor. Ada yang masuk dalam kolam belakang rumah. Dah penuh dah kolam tu. Esok nak pergi lagi nak dapatkan ikan haruan yang susah nak dapat dan pandai menyorok tu.



Ini antara yang aku dapat tengah hari tadi. Petang tadi turun lagi. Banyak juga aku dapat. Dah siap siang dan tunggu untuk buat lauk saja lagi.

RETREAT PERMANIS 2013 DI ULU SEPRI

01/11/2013 - 05/11/2013 adalah tarikh Retreat Kepimpinan Mahasiswa Negeri Sembilan yang di sertai oleh beberapa universiti di Malaysia termasuk UNIMAS. Di sinilah saya berjumpa semula beberapa kawan lama yang pernah jumpa di beberapa program PERMANIS dan di sinilah aku berjumpa kawan baru dari beberapa universiti dan di sinilah terjalin ukhwah antara kami.

Bermula di bawah pengawasan BTN sehinggalah kami berada di bawah Yayasan N.S semula. Ukhwah yang terjalin ini menjadi lebih akrab dan moga perkenalan ini sehingga ke akhir hayat.

Apa yang membuat kami ingin berbakti kepada masyarakat N.S sendiri apabila satu kumpulan terjumpa seorang atok yang susah ingin membantu apabila kami diberi tugasan untuk mengumpul RM100 dan juga menyelesaikan tugasan yang diberi. Atok ini membantu dengan memberi RM1.30. Tetapi beliau yakin dengan Allah dan beliau mendapat lebih dari itu apabila duit yang setiap kumpulan dapat itu diberi kepada atok tersebut dan juga tambahan dari seorang umat ini menambah lagi fuit itu untuk mengenapkan duit itu menjadi RM1000. Itu namanya rezeki dari Allah. Atok itu gembira apabila kami ramai-ramai pergi ke rumahnya.

Ada juga aktiviti lain yang kami lakukan di situ. Cuma tidak banyak gambar yang ada. Tidak apalah. Aku tidak tahu nak cerita macam mana sebab aku bukan berada dalam bidang penulisan. Aku masukkah gambar sajalah. Lagi senang.















Semoga jaminan ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.


Thursday 10 October 2013

MICROWORM CULTURE SENDIRI

Mula-mula memanglah aku beli mocroworm tu untuk kasi fry ikan laga aku makan. tetapi bila dah ada microworm ni. Tak tahu pula lepas tu boleh culture sendiri. Ni semua member akulah yang tunjukkan. Dan sekrang aku boleh culture sendiri. Tidak payah susah-susah aku beli lagi. Jimat dah duit aku.


Inilah hasil dari microworm yang aku culture sendiri. Sekurang kurangnya benda ini boleh tahan selama 3 minggu sebelum kena culture lain.


Sunday 22 September 2013

IKAN LAGA KU

Aku akan masukkan beberapa koleksi ikan laga aku.










Gambar yang bawah skali tu ada anak. Tapi jantan tu macam sakit saja.
Payah juga nak jaga

HARI LAHIR KU

Hari lahir ku tidaklah semeriah orang lain. Aku tidak kisah pun ianya di sambut atau pun tidak. Bagiku dapat ucapan dari orang yang aku sayang sudah mencukupi. Cuma tahun ini tambah lagi seorang orang yang tersayang. Siapa orang itu?

Biarlah rahsia buat masa ini. Tapi yang paling mengembirakan juga pada hari yang sama hadiah yang di kirim oleh orang yang tersayang sampai. Dalam itu ada beberapa benda tetapi aku rasa yang ini saja yang aku sempat ambil gambarnya. 

Di dalam kotak tersebut juga terselit 2 keping setem. Dia tahu aku gemar kumpul setem. Nanti aku tunjukkan koleksi setem aku yang aku ada sekarang. tapi tidak lah semu aku akan tunjukkan kerana keseluruhannya aku ada 5 album setem. Walaupun ada album yang tidak penuh, tapi semua itu akan diisi tidak lama lagi.


Ini kad kecil yang dia kasi. Thank you dear.

 Ini pula keychain yang dia kasi. Keychain ni dari Pekan Rabu.
Tambah lagi koleksi keychain aku.

Ini pula dompet yang dia kasi. Lawa juga. =)

Thank you to my mum, my sister and my lovely dear.
=)
Love you so much all.

Friday 16 August 2013

GAMBAR TERBARU AKIL

Aku akan masukkan gambar terbaru seorang budak bernama Akil. Kan kat tepi tu ada gambar dia. Tapi tu gambar lama. Aku akan masukkan gambar terbaru dia. Lama tak masukkan gambar macam tu.




Wednesday 14 August 2013

BLOGGER

Sudah hampir 3 bulan aku tidak 'update' blog. Tapi hari ini aku akan update apa yabg berlaku dalam 3 bulan ini. Sekarang aku sudah berpunya oleh seseorang wanita dan tidak perlulah lagi aku kasi tau siapa perempuan itu. Biarlah rahsia buat masa ini. Tetapi aku ada dapat sesuatu dari dia sempena raya dan juga sempena perkenalan kami. Semoga perkenalan ini sampai ke jinjang pelamin. Insyallah. Sekarang tengah cuti semester dan macam biasalah tugas aku bila cuti ni sebagai pekerja katering di Global Jaya Catering. Sekarang masih lagi berada dalam bulan Syawal. Walaupun ada masanya aku pergi beraya tetapi masa aku akan bekerja semula pun sudah bermula. Tidak apalah, aku masukkan gambar sajalah. Aku bukan ada idea sangat nak menulis ni. Otak aku kurang sikit dalam bab-bab menulis ni.

:-) 

 Inilah bear yang aku dapat dari seseorang yang teristimewa.






Friday 31 May 2013

FINAL EXAM DATANG LAGI



Pejam celik - pejam celik. Tibalah masanya untuk mengetahui apa yang aku belajar selama 14 minggu di sini. Tapi rasanya macam tak belajar apa-apa pun sebab banyak benda aku tak faham.  Tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk memperbaiki 'pointer' aku yang semakin jatuh. Sekurang-kurangnya aku kena target dua subjek mesti dapat 'A' untuk kekalkan pointer sebab macam ada ura-ura yang aku akan mengulangi satu lagi subjek ja. 

Doakan aku supaya dapat jawab exam dengan baik.

Insyllah.



Thursday 30 May 2013

DOODLE DARI MAISARAH RAHIM

Saja aku nak join segment dari blogger yang bernama Maisarah sempena 'First Anniversary' dia tapi tak sangka pula aku akan dapat 'doodle' dari dia. Lawalah juga.

Thank you.

Sini aku kasi link blog empunya diri yang memberi aku 'doodle' dan juga doodle yang aku dapat.



Lawanya.

Tuesday 28 May 2013

ROBOCON 2013

ROBOCON 2013 telah melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada UTM B. Walau bagaimanapun kami dari pasukan UPM tetap berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan dalam masa yang singkat. Kami telah menunjukkan sesuatu yang sangat baik. Semoga pada masa akan datang kami akan  dapat menjuarai untuk pertandingan ROBOCON yang akan datang. 

INSYALLAH

Walau bagaimanapun pasukan UPM telah menunjukkan pekembangan yang positif dalam bidang robotik. Semoga berjaya di masa akan datang.










Dengan in saya sertakan video pertandingan akhir ROBOCON 2013. Semoga kita memajukan industri robot di Malaysia.


Ini aku sertakan video pasukan UPM B pada perlawanan group yang terakhir menentang UMS.