Tuesday 27 November 2012

MAHA 2012

Hari sabtu hari tu, aku pergi MAHA 2012 yang berlangsung kat MAEPS.
Dah belajar kat UPM ni, Tidak sah la kan kalau tidak pergi sebab dah dekat dah.
Aku pergi sekejap saja.
Cadangkan nak pergi bahagian haiwan ternakan.
Tapi tak jumpa.
Tidak apalah, nanti boleh pergi lagikan.
HEHEHE.. :-)
Aku cuma beli bunga kaktus 3 pasu kecil dan bunga orkid 3 pasu kecil.
Setiapnya berharga RM10 3 pasu.
Murahkan.
HEHEHE...
Nanti pergi aku nak beli lagi la.
Boleh bawa balik rumah nanti.
Lawa pula bila letak bunga dalam bilik atas meja.
Tapi kena siram la.
Sebab bunga tu duduk dalam bilikkan.
Pagi-pagi kena letak dekat tempat yang ada cahaya matahari.
Erm..
Tidak ada apa lagi aku nak tulis.
Sebab tidak ada idea la buat masa ni.
Cuma nak pesan, pergilah MAHA 2012 sebab macam-macam ada dekat situ.





 Atas : Ini antara jenis buah kelapa sawit yang dihasilkan felda.

Kanan : Ini antara jenis-jenis padi yang ditanam untuk menghasilkan beras.









Kana dan Atas : Inilah bunga kaktus dan bunga orkid yang aku beli. Lawakan. Ada 1 tu dah nak keluar bunga.


Tuesday 20 November 2012

SELEPAS CUTI MIDSEM

Dah habis cuti midsem dah.
HUHUHU
Lepas ni kena fokus untuk test 2 pula.
Test 2 aku akan bermula pada 27/11.
Aku harap test 2 aku tidak menghamparkan sepertimana yang terjadi pada test 1 dulu.
Bila kenangkan balik.
Sedih tau.
Tapi sekurang - kurangnya aku dah cuba buat yang terbaik.
Walau bagaimanapun, keputusannya tidaklah seteruk test 1 pada sem lepas.

DO THE BEST FIRDAUS
YOU CAN DO IT

Aku akan cuba buat yang terbaik untuk test 2 kali ini.
Sebab aku nak stay CGPA.
Berapa CGPA aku sekrang.
Tidak payahlah aku kasi tau ye.
Seganlah.
Sebab aku tidak pandai manapun.
Sekadar cukup-cukup makan saja.


Wednesday 7 November 2012

ZOO NEGARA

Hari ahad 04 November 2012.
Boleh pula tengah syok layan game.
Sepupu aku call ajak keluar.
Masa tu dia tak cakap nak pergi mana.
Bila dia sampai, dan aku masuk saja dalam kereta dia.
Dia cakap nak pergi Zoo Negara.
Aku tidak kisah pun asalkan ada orang belanja tiket masuk.
HEHEHE
Biasalaah, dah dekat minggu ke-9.
Duit pun tinggal berapa sangat saja.
Aku ikut saja mana jalan yang dia bawa. 
Sebab aku bukan tau sangat pun jalan kat KL dan Selangor ni.
Lagi pun, masa tu aku tengah bosan duduk dalam bilik sorang-sorang.
Boleh la jugakan kalau ada orang ajak jalan.
Kita orang sampai Zoo dalm pukul 12 dan keluar dari zoo dalam pukul 2.30 ptng.
Lama juga tu, lagi pun hujan masa tu.
Tak seronok sangat nak berjalan.


 Badak air nie kalau berendam, nampak macam batu besar yang ada dalam air. Lama pula tu dia berendam.

 Yang ni pula nampak macam kangaroo. Cuma dianya saiz saja kecil dari kangaroo.

 Ini kura-kura besar yang boleh hidup sampai 200 tahun. Lama tu.

 Raja rimba tengah berehat.

 Pingu - pingu. Best ke berenang dalam air sejuk.

 Ikan Arapaima ni pun dah tua. Sebab tu dia dah bongkok. Hehehehe.

 Seladang ni, kalau dapat buat korban nie. Puas makan ni. Besar sangat. Mesti banyak daging.

Ini pula adalah tapir. Aku tak tau nak tulis apa tentang dia.

Ini saja gambar yang aku ada.
Pada sepupu aku ada beberapa lagi gambar binatang.
Nanti aku ambil la gambar tu pada dia.
Ini saja untuk entry kali ini.
Lain kali aku kasi tau apa-apa yang patut.

Firdaus,
:-)





Sunday 4 November 2012

PERUBAHAN

Naik saja sem ni, aku berniat untuk berubah.
Berubah dalam perkara apa.
Biarlah aku saja yang tahu.
Cuma aku inginkan pendapat, ingin berubah secara drastik ataupun berubah secara perlahan-lahan.
Berubah secara drastik ibarat kita berlakon di hadapan orang.
Berubah secara perlahan-lahan..
ERM..
Tapi, bagi aku, biarlah perubahan itu dilakukan secara perlahan-lahan.
Kerana ilmu yang ada pada diriku pun masih tidak cukup lagi.
Dan hasilnya, 
ALHAMDULILLAH
Apa yang aku ubahkan itu menjadi secara perlahan-lahan.
APa yang aku jarang buat sebelum ni, semakin hari semakin meningkat.
Cuma kadang-kadang tu, terlupa akan niat asal kita untuk ingin berubah ke arah kebaikan.
Dan aku sekarang cuba juga untuk berubah ke satu tahap lagi.
Doakan aku semoga berjaya.
Semoga perubahan aku ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa bertambah ke arah kebaikan dari hari ke hari.
INSYALLAH
Aku cuma boleh kongsi sekadar ini saja.
Kalau lebih-lebih nanti. orang kata kita tidak ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan itu dan kita berubah lerana manusia bukannya kerana Allah.
Tapi itu mungkin yang akan keluar dari mulut manusia yang tidak boleh kita tutup.
Tetapi mereka tidak tahu hati seseorang manusia itu kerana hati kite ini hanya kita yang tahu dan juga yang menciptakan kita.