Friday 7 December 2012

BLOG

Salah ke aku mempunyai blog.
Aku rasa ianya tidak salah sebab aku tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan apa yang terbuku di hati aku.
Aku hanya mempunyai blog ini untuk aku kongsikan apa yang terbuku di hati aku dan selain itu aku juga ingin kongsikan segala aktiviti aku.
Tapi, kenapa ada orang yang ingin mengata aku ingin updatekan segala aktiviti aku dalam ini. (Biarlah, mulut orang. Bukan boleh ditutup pun)
Aku rasa tidak semua aktiviti yang aku lakukan aku masukkan di dalam ini kerana mungkin aktiviti yang tidak aku masukkan hanyalah aktiviti yang biasa di lakukan oleh setiap orang.
Aku rasa, aku tidak pernah menyakitkan hati orang di dalam blog aku ini.
Sekiranya ada, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.
Kerana aku juga hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan walaupun sekecil kesilapan pun.
Aku sedar siapa diri aku ini.
Aku bukanlah seorang yang ceria, bukanlah seorang yang dapat menyenangkan hati semua pihak.
Kerana itu aku lebih suka menyendiri menghadap 'game' komputer atau membuat sesuatu yang aku rasa bersesuaian dengan diri aku.
Tidak apalah kalau orang tidak suka pada aku kerana aku tahu dan sedar akan diri aku ini.
Biarlah aku dengan kehidupan aku.
Tetapi janganlah dengan hanya aku mempunyai blog atau apa saja yang berkaitan dengannya, aku menjadi umpatan orang.
Aku hanya mempunyai blog ini saja tempat aku berkongsi apa yang aku rasa aku perlu kongsikan kerana tidak semua perkara kita boleh kongsikan dan tidak semua perkara orang memhami diri kita.
Kalau ada yang tidak suka sekiranya aku mempunyai blog, terus teranglah supaya mudah untuk aku menutup akaun blog ini.

Ikhlas dari, 
Empunya blog.
:-(

Wednesday 5 December 2012

RAHSIA HATI

Tatkala mulut mengukirkan senyuman.
Tatkala diri sedang ketawa kerana kegembiraan. 
Tatkala diri kelihatan tidak mempunyai apa-apa masalah.
Tetapi tidak siapa pun tahu apa yang tersirat di hati kita.
Kadang kala ia tidak terlihat pun di riak wajah kita kerana semua itu tersimpan dalam di dalam hati kita ini.
Kadang kala terlintas di kepala kita adakah perlu di kongsi sama perkara ini atau buarlah hanya tersimpan di dalam hati tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Tetapi bagi aku, biarlah ianya tersimpan kemas di dalam hati ini kerana mungkin suatu hari nanti ia akan terpadam dan mungkin juga akan kekal selamanya di dalam hati ini tanpa pengetahuan orang.
Tidak mungkin akan aku luahkan apa yang berada di dalam hati ini pada orang ramai.
Hati ini telah menyimpan seribu rahsia yang kadang kala ingin ku luahkan.
Tetapi pada siapa harus aku luahkan.
Mungkin aku patut luahkan rasa hati ini pada Maha Pencipta alam ini kerana itu lebih baik dari aku luahkan pada seseorang.
Dan sekiranya aku ingin luahkan pada seseorang, mestilah seseorang yang amat aku sayangi dan siapa orang itu.
Biarlah ia menjadi rahsia.






Tuesday 4 December 2012

CENDERAMATA DARI CAMERON HIGHLAND

Kalau pergi mana-mana tidak sah la membeli sesuatu sebagai kenangan kita.
Adakah kita beli untuk orang tersayang atau pun sebai kenangan kita sebab kita pernah pergi ke sesuatu tempat itu.
Begitu juga dengan aku, ada juga kenangan aku beli di Cameron antaranya magnet peti ais, 'keychain' dan topi.
Tidak lupa juga sesuatu benda yang aku kutip di Cameron.
HEHEHE
Saja beli sebagai kenangan.
Lepas ni tidak tahu bila lagi dapat pergi sanakan.
:-)

Inilah pelekat peti ais yang aku beli kat Cameron. Satu berbentuk strawberi dan satu lagi berbentuk rumah.
Mungkin bentuk rumah orang asli agaknya. Tapi lawa juga.






Ketiga-tiga ini antara 'keychain' yang aku beli kat sana. Lawakan. Saja beli. Boleh letak pada beg atau kunci.



Bila dikumpulkan 'keychain' ni mamcam ni, nampak lawa pula.


Ini pula buah pokok aru. Biasanya pokok aru ni di jumpai di tepi pantai. Tapi pokok yang ini terdapat di kawasan tanah tinggi.

 Bila sudah pergi Cameron, perkara yang tidak ketinggalan adalah membeli strawberi untuk dibawa pulang atau di makan ketika dalam perjalanan pulang dan aku juga tidak ketinggalan melakukannya.



Sunday 2 December 2012

PERMANDANGAN CAMERON HIGHLANDS

Permandangan di Cameron Highlands amat cantik dan menenagkan.
Di tambah pula dengan yang tidak panas dan juga tidak bergitu sejuk.
Angin yang meniup amat menenangkan jiwa.
Alangkah dapat menikmati suasana seperti Cameron tu setiap hari.
Mesti best kan.
Layan ja.




















Ini antara gambar-gambar yang aku ambil ketika naik dan turun dari Cameron Highlands.
Seronok juga pergi sana.
Kabusnya yang teebal saat hujan hendak turun pada waktu petang membuatkan keadaan di sana namapak lebih cantik dan nyaman.

CAMERON HIGHLANDS

Semalam (01/11/2012) kelas aku buat satu lawatan ke Cameron Higlands.
Al-maklumlah, nama pun ambil bidang pertanian.
Ke mana lag kalau buat lawatan ke tapak-tapak pertanian.
Di sana, kita orang di bawa ke MARDI Agro Teknologi di mana di sana ada pelbagai jenis tanaman tanah tinggi antaranya Strawberi, kobis dan macam lagilah termasuk pelbagai jenis bunga, sayuran dan buahan.
Best la juga pergi sana.
Tapi ada tempat-tempat aku tidak masuk sebab masa tidak mencukupi.
Cuaca pun tidaklah panas sangat.
Tapi tidak puas jalan.
Sebab kita orang pergi balik hari.
Lagi best kalau pergi sana dan menginap di sana.
Mesti puas berjalankan.
Macam-macam aku beli dekat sana.
:-)

Lepas tu kita orang pergi pasar malam kat Cameron.
Macam-macam ada jual dekat situ.
Aku beli pelbagai barang.
Tapi duit bawa tidak banyak.
Kalau banyak, mesti lagi banyak barang aku beli kan.
HUHUHU


 Atas : Gambar ketika di dalam bas dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Kanan : Gambar ketika singgah di Perhentian Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.


 Atas : Permandangan Ketika naik ke Cameron Highlands. Lawa juga permandangannya. Jauh mata memandang.

Kanan : Permandangan ladang teh yang terdapat di Cameron Highlands.


 Atas : Gambar kami ketika berada di dalam Pusat MARDI Agro Teknologi. Cuma aku saja yang tidak ada dalam gambar ni. Sebab akulah tukang ambil gambar.

Kanan : Sejenis herba yang terdapat di Malaysia.
Namanya Parsley.



 Atas : Sejenis bunga yang terdapat di sana. Apa namanya, aku tidak ingat. Tapi yang ini belum kembang. Nak tengok yang dah kembang. Kena pergi sendiri.

Kanan : Ini sejenis tanaman hiasan yang di panggil Snow Daisy.




 Dua jenis bunga Ros yang terdapat di sana.
Atas : Warna Merah

Kanan : Warna Oren.




Atas : Ini adalah tempat penanaman Bunga Kekwa: Tapi kita irang tidak boleh masuk sebab bunganya baru lepas di racun.

Kanan : Gambar kami di Ladang Teh yang terdapat di sana.




 Gambar di atas dan kanan ini adalah gambar kami ketika berada di pasar malam Cameron Highlands.



Kedua-dua gambar ini adalah permandangan di waktu petang di Cameron Highland. Namapak damai. Suasananya memang nyaman.