Sunday 2 December 2012

CAMERON HIGHLANDS

Semalam (01/11/2012) kelas aku buat satu lawatan ke Cameron Higlands.
Al-maklumlah, nama pun ambil bidang pertanian.
Ke mana lag kalau buat lawatan ke tapak-tapak pertanian.
Di sana, kita orang di bawa ke MARDI Agro Teknologi di mana di sana ada pelbagai jenis tanaman tanah tinggi antaranya Strawberi, kobis dan macam lagilah termasuk pelbagai jenis bunga, sayuran dan buahan.
Best la juga pergi sana.
Tapi ada tempat-tempat aku tidak masuk sebab masa tidak mencukupi.
Cuaca pun tidaklah panas sangat.
Tapi tidak puas jalan.
Sebab kita orang pergi balik hari.
Lagi best kalau pergi sana dan menginap di sana.
Mesti puas berjalankan.
Macam-macam aku beli dekat sana.
:-)

Lepas tu kita orang pergi pasar malam kat Cameron.
Macam-macam ada jual dekat situ.
Aku beli pelbagai barang.
Tapi duit bawa tidak banyak.
Kalau banyak, mesti lagi banyak barang aku beli kan.
HUHUHU


 Atas : Gambar ketika di dalam bas dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Kanan : Gambar ketika singgah di Perhentian Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.


 Atas : Permandangan Ketika naik ke Cameron Highlands. Lawa juga permandangannya. Jauh mata memandang.

Kanan : Permandangan ladang teh yang terdapat di Cameron Highlands.


 Atas : Gambar kami ketika berada di dalam Pusat MARDI Agro Teknologi. Cuma aku saja yang tidak ada dalam gambar ni. Sebab akulah tukang ambil gambar.

Kanan : Sejenis herba yang terdapat di Malaysia.
Namanya Parsley.



 Atas : Sejenis bunga yang terdapat di sana. Apa namanya, aku tidak ingat. Tapi yang ini belum kembang. Nak tengok yang dah kembang. Kena pergi sendiri.

Kanan : Ini sejenis tanaman hiasan yang di panggil Snow Daisy.




 Dua jenis bunga Ros yang terdapat di sana.
Atas : Warna Merah

Kanan : Warna Oren.




Atas : Ini adalah tempat penanaman Bunga Kekwa: Tapi kita irang tidak boleh masuk sebab bunganya baru lepas di racun.

Kanan : Gambar kami di Ladang Teh yang terdapat di sana.




 Gambar di atas dan kanan ini adalah gambar kami ketika berada di pasar malam Cameron Highlands.



Kedua-dua gambar ini adalah permandangan di waktu petang di Cameron Highland. Namapak damai. Suasananya memang nyaman.


No comments:

Post a Comment