Monday 10 November 2014

PERMULAAN

Ini adalah permulaan untuk membuat perniagaan secara kecilkecilan dan juga memperkenalkan tempat aku bekerja. Aku buat perniagaan "Loom Band" buat masa ini. Nak cari duit lebih la katakan. Mungkin selepas ini ada benda lain yang akan dijual. Insyallah. Di sini aku sertakan "link page" perniagaan aku dan juga "link page" tempat aku bekerja part time.


Sunday 9 November 2014

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Ini event terbaru di Kolej Vokasional Ampangan yang berlangsung pada 08 November 2014. Tidak banyak yang aku boleh cerita sebab tidak tahu nak cerita pasal apa. Yang aku ingin katakan yang event ini menggunakan air pancut siap dengan lampu dan sangat cantik.







Ini antara gambar yang aku ada.
Boleh "Like" di link di bawah


Wednesday 15 October 2014

LOOM BAND SIRI 5

Untuk siri 5 ini aku buat loom band lain lak. Tapi aku cuma sempat buat 2 saha disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. bentuk ini ats permintaan pelanggan. Aku cuba buat sahaja. Bentuk yang siri 5 sama dengan bentuk sebelum ini cuma yang kali ini keseluruhannya penuh. Yang sebelum ini separuh dan bahagian bawah hanya ringkas sahaja untuk mencantumkan loom band tersebut dan kali ini keseluruhannya adalah bentuk sama dan lagi senang untuk disimpan. Cuma membuatnya agak lama sikit dari yang sebelum ini.





Inilah bentuk yang aku maksudkan. Keseluruhannya adalah sama. berbeza sikit dengan sebelum ini. Esok aku akan cuba buat banyak lagi bentuk ini dan kalau boleh aku akan buat 10 bentuk ini kalau permintaan banyak, maknanya cuti ini aku perlu buat bentuk ini lagi.


Tuesday 14 October 2014

IKAN PERTAMA YANG DI PANCING

Buat pertama kalinya aku bawa orang yang aku sayang pergi memancing. Dia dah banyak kali ajak pergi memancing. Nak tak nak aku bawalah juga pergi memancing dan tempat memancing ini tidak jauh dari UPM ini. Di Taman Putra Perdana Puchong sahaja. Hari yang aku pergi tu ramai orang pergi memancing dekat situ. Dan aku carilah tempat yang ada orang juga. Aku tidak dapat apa-apa walaupun umpan aku banyak kali habis. Tetapi orang yang aku sayang dapat ikan. Itu pun bila dah nak balik dan tidak perasan pun pancing tu ada ikan sebab guna batu besar dan dapat ikan tidaklah besar mana. Tetapi untuk puaskan hati dia. Aku bawakan sahaja dan dia bela ikan tu.


Inilah ikan yang dia dapat. Nak kena belikan akuarium besar sikit dan lepas ini bolehlah letak ikan banyak sikit dalam akuarium tu.

LOOM BAND SIRI 4

Untuk hari ini aku buat bentuk lain pada loom band aku. Kalau ada yang beli loom band yang ini aku akan buat lagi masa cuti ini. Yang kali agak berbeza skit sebab dia nampak kecil dan juga nampak berbentuk hati (LOVE). Mungkin sesuai untuk pasangan kekasih. 




Inilah loom band yang aku maksudkan. Aku buat 6 dulu untuk permulaan. Semoga mendapat sambutan yang mengalakkan.

INSYALLAH

LOOM BAND SIRI 3 13/11/2014

Ini adalah hasi loom band untuk hari ini. Loom band ini di hasilkan mengikut warna yang aku suka sahaja. Banyaklah juga aku dapat hasilkan. Cuma satu bentuk sahaja yang aku hasilkan. Esok aku akan cuba hasilkan bentuk lain pula untuk hari esok pula.










Inilah hasil yang aku dapat buat pada malam ini. masa yang diambil juga agak lama. Sebab sambil buat loom band ini sambil tengok tv dan main game.

Friday 10 October 2014

PERMANDANGAN DI BUkIT PUTUS

Aku sempat ambil satu sahaja gambar ketika berada di Laluan Bukit Putus ketika hendak balik ke kampung sempena Raya Korban yang lepas. Aku ambil gambar ini ketika kesesakan lalu lintas ketika balik kampung dan kemudian aku berpatah balik dan menggunakan jalan lama bukit putus. Jalan yang bengkang-bengkok tu.


Ketika ini cuaca mendung dan suasananya sangat cantik lagi-lagi berada di atas bukit.

LOOM BAND SIRI 2

Ini pula Loom Band Siri Ke-2 yang aku nak update. Daripada apa yang aku buat dan di jual oleh kawan-kawan kumpulan aku, permintaan terhadap Loom band tetap ada dan ada juga suruh buat Loom Band Gaza. Atas permintaan ramai, akan aku buat nanti. Mungkin minggu depan selepas habis test pada hari rabu baru akan buat nyew. Buat masa ini aku akan masukkan dulu gambar loom band yang telah terhasil dalam minggu ini. Tidak banyak aku dapat buat di sebabkan beberapa faktor.








Ini antara Loom Band yang aku buat. Sama sahaja bentuk dengan yang sebelum ini. Aku akan cuba untuk buat bentuk lain dalam masa terdekat. Semoga jualan Loom Band mendapat keuntungan untuk Projek Keusahawanan untuk subjek MGM 3180 Asas Keusahawanan.

Insyallah semuanya akan berjalan lancar.

Sunday 5 October 2014

ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK TAHUN 2014

Pada ulangtahun kelahiran pada tahun ini yang jatuh pada 20/sept yang lepas, aku tidak sebab update apa-apa. Lagi pun tahun ini aku duduk rumah sewa dan tumah sewa aku belum ada internet. Tapi aku boleh "online" guna wifi "HP". Tetapi tidak selalu aku boleh "online". Untuk ulangtahun ke aku pada tahun ini sungguh bermakna sebabnya aku dapat wish dari adik2 aku dan juga mamaku. Selain itu juga aku dapat keluar bersama insan yang aku sayang. Siapa insan itu biarlah masih misteri kerana jodoh aku masih jauh lagi dan sejauh mana itu aku tidak tahu lagi. Itu pun dah kira OK la juga. Ok la, sampai sini sahaja yang aku ingin ceritakan. Tidak banyak pun, sikit saja. OK la tu dari tidak ada. Lagi pun aku pun sudah lama tidak update entry di blog aku ini. Lagi-lagi bila sudah bergelar pelajar tahun akhir ini. Mungkin lepas ini ada beberapa update entry berkaitan projek tahun akhir aku.

Assalamualaikum.
Merci bouque.

LOOM BAND

Loom band ini untuk di jual. Sesiapa yang ingin order bolehlah "PM" saya di "FaceBook" atau blog ini. Kalau ingin pos boleh juga. Tapi minimum 5 ke atas dan harga pos tidak termasuk sekali. Bukan sahaja loom band, tetapi ada juga tudung sari. Buat masa ini hanya gambar loom band sahaja yang akan di masukkan sebab tudung tidak ada gambar lagi. 


Bentuk 1


Bentuk 2

 Bentuk 3

Kemungkinan akan ada pelbagai lagi bentuk yang akan di hasilkan. Cuma ambil masa sikit.

Tuesday 16 September 2014

MY BLOG

Dah lama tidak menjengah ke dalam ini. Ini semua di sebabkan ketiadaan internet di rumah. Lagi-lagi sekarang aku duduk luar. Aku tidak duduk kolej lagi. Internet tidak di pasang lagi di rumah sewa yang aku duduk sekarang ini. Tapi ini semua aku tidak kisah. Perkara yang berlaku dalam sebulan lebih ini pun tidaklah banyak sangat. Cuma sekarang aaku sudah menamatkan Latihan Industri aku di MPOB dan juga aku sudah berada di tahun akhir. Itu saja. Tidak banyak pun. Sekrang ini baru minggu ke-2. Tapi dah ada tugasan dan juga aku tangah tunggu tajuk 'Projek Tahun Akhir' dan juga penyelia tajuk. Baru saja hantar semalam. Mungkin esok dah boleh tengok tajuk apa aku dapat. Tapi tidak kisahlah. Aku akan cuba buat yang terbaik sepertimana projek semasa di Politeknik dulu. Nantilah aku cerita lagi apa yang patut. 

#inimalaysiakita
#harimalaysia

Wednesday 9 July 2014

KEYCHAIN DARI SABAH

ertambah 1 lagi keychain aku dan kali ini dari Sabah. pemberian salah seorang staff dari MPOB yang balik ke Sabah untuk menzirahi keluarganya di sana. Bertambahlah lagi koleksi keychain aku. Selepas ini aku harap koleksi aku akan sentiasa bertambah walaupun dari dalam Malaysia sendiri atau pun dari luar negara. Insyallah. Terima kasih kepada pemberi keychain.