Friday 31 May 2013

FINAL EXAM DATANG LAGI



Pejam celik - pejam celik. Tibalah masanya untuk mengetahui apa yang aku belajar selama 14 minggu di sini. Tapi rasanya macam tak belajar apa-apa pun sebab banyak benda aku tak faham.  Tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk memperbaiki 'pointer' aku yang semakin jatuh. Sekurang-kurangnya aku kena target dua subjek mesti dapat 'A' untuk kekalkan pointer sebab macam ada ura-ura yang aku akan mengulangi satu lagi subjek ja. 

Doakan aku supaya dapat jawab exam dengan baik.

Insyllah.



Thursday 30 May 2013

DOODLE DARI MAISARAH RAHIM

Saja aku nak join segment dari blogger yang bernama Maisarah sempena 'First Anniversary' dia tapi tak sangka pula aku akan dapat 'doodle' dari dia. Lawalah juga.

Thank you.

Sini aku kasi link blog empunya diri yang memberi aku 'doodle' dan juga doodle yang aku dapat.



Lawanya.

Tuesday 28 May 2013

ROBOCON 2013

ROBOCON 2013 telah melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada UTM B. Walau bagaimanapun kami dari pasukan UPM tetap berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan dalam masa yang singkat. Kami telah menunjukkan sesuatu yang sangat baik. Semoga pada masa akan datang kami akan  dapat menjuarai untuk pertandingan ROBOCON yang akan datang. 

INSYALLAH

Walau bagaimanapun pasukan UPM telah menunjukkan pekembangan yang positif dalam bidang robotik. Semoga berjaya di masa akan datang.










Dengan in saya sertakan video pertandingan akhir ROBOCON 2013. Semoga kita memajukan industri robot di Malaysia.


Ini aku sertakan video pasukan UPM B pada perlawanan group yang terakhir menentang UMS.






Tuesday 21 May 2013

SEGMEN : SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


Friday 17 May 2013

2 TAHUN BERBLOGGER


Nampaknya sudah 2 tahun aku berblogger. Dari aku tidak tahu apa-apa mengenai blogger sehiggalah aku tahu serba sedikit tentang blogger. Dalam masa 2 tahun ini jugalah aku mematangkan diri untuk terus berblogger dan di sinilah aku menulis serba sedikit pahit manis aku yang aku kongsikan bersama blogger aku kerana di sinilah tempat aku mengadu sekarang. Dalam masa 2 tahun ini banyak mengajar aku pahit manis lehidupan yang aku update di dalam blogger aku ini untuk aku mengenang kembali apa yang pernah berlaku sebab di sinilah juga aku boleh tahu pahit manis kehidupan aku sekrang. Semoga aku akan terus menjadi blogger sampai satu masa mungkin aku akan berhenti dari berblogger. Tapi buat masa ini belum terlintas untuk berhenti menjadi seorang blogger walaupun baru bergelar junior lagi.

Semoga aku dapat mempebaharui blog kepunyaan aku dan menjadikannya lebih menarik dan mungkin aku akn buat segmen seperti mana ramai blogger lain buat. 

INSYALLAH

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua warga pendidik yang berada si seluruh Malaysia kerana telah mendidik anak bangsa untuk berjaya ke Menara Gading.

Aku juga ingin mengucapakan Selamat Hari Guru kepada guru yang telah mengajar aku yang berada di Tadika, Sekolah Kebangsaan Seri Gaya Sabah walaupun aku berada di sekolah tersebut selama setahun sahaja pada tahun 1996.

Tidak lupa kepada cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Seri Kelana Seremban (1997-2001) yang telah mengajar aku dalam pelbagai subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains beberapa lagi subjek.

Selamat Hari Guru juga kepada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Redza Seremban (2002-2006) yang telah mengajar aku sehigga aku berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda sekarang ini. Tanpa mereka aku tidak akan berada pada tahap sekarang. 

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik Kota Bharu Kelantan (2007-2010) dan juga warga pendidik Universiti Putra Malaysia Serdang (2011-kini).


SELAMAT HARI GURU



Wednesday 15 May 2013

MEI TOPAP GIVEAWAYS BY CIK YAYA



Line yang di guna Maxis

Tag blog

TIDUR LAMBAT

Malam ini aku tidur lambat sebab nak belajar subjek Mekanik Tanah dan kemungkinan nak belajar subjek Statik. Sebab kenapa aku nak belajar 2 subjek tu. Sebab aku ade test esok. 2 test dalam satu hari. Satu pukul 2 petang dan 1 pagi pukul 8 malam. Tapi sembil study aku memilirkan entry untuk blog dan juga sambil tu aku tinjau blog orang lain. Seronok sebenarnya baca blog orang ni. Sebab ada perkara baru kita belajar dari pengalaman seseorang itu dan juga ada yang suka kongsi mengenai islamik. Itu pun bagus juga untuk tambah pengetahuan dalam agama. Nak tambah ilmu akhirat la katakan. Sambil tu kita cuba amalkan. Insyallah.


KENANGAN BELAJAR MATEMATIK

Aku masih ingat lagi ketika mula-mula belajar matematik masa di tadika, aku di ajar dengan menggunakan biji asam jawa. Sebab benda tu paling senang dapat. Tapi tidak kisahlah sebab nak belajarkan. Lagi pun untuk permulaan saja. Lagi pun masa tu senang saja sebab kira pun dari nombor 1 hingga 10 saja. 10 tu pun dah kira banyaklah masa tu.

Biji asam jawa ni aku dapat sebab makan buah asam jawa. Bila tengok biji ni yang buat aku teringat masa aku tadika dulu.


Naik darjah satu aku mula belajar menggunakan jari dan juga aku di ajar menggunakan sempoa ketika tuisyen di satu rumah ini. Aku tidak ingat dah sebab dah berapa tahun dah lepas. Lagi pun masa tu aku ada kat Sabah dan sekarang aku berada di Negeri Sembilan. Lagi pun guna jari pun senang juga. Tapi kalu dah lebih sangat sampai beribu kenalah conteng kertas. Tapi kena juga guna jari untuk mengira sikit-sikit. 


 Yang ini sempoa. Aku belajar masa darjah satu saja. Sempoa aku pun entah mana hilangnya.

Yang ini semua orang tahu gambar apa. Tapi yang ini bukan jari aku. Jari aku lagi lawa.


Naik pula sekolah menengah aku sudah mula belajar bagaimana untuk mengira tanpa menggunakan kertas dan sempoa tetapi jari masih di gunakan bagi angka yang besarlah. Kemudian belajar menggunakan kalkulator sebab nombornya dah makin susah. Lagi pun pengiraanya dah lain dari sekolah rendah. Kalu sekolah rendah cuma mengira yang ada nombor sahaja tetapi naik sekolah belajar melibatkan huruf pula. Macam mana nak kira tu, kena tunggulah naik sekolah menengah.


Yang ini pula gambar kalkulator. Aku rasa sehingga hari ini aku sudah guna 4 kalkulator. Kenapa aku guna sampai 4, adalah sebabnya. Rahsia.


Tetapi bila naik universiti ni oengiraan dia boleh tahan susah. Tapi semuanya berpunca apa yang kita belajar ketika sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Lagi pun kos yang aku ambil nie memang banyak pengiraan. Benda biasalah. Nak tak nak aku akan tengok pengiraan juga.

Sampai sini sajalah entry kali ini. Aku nak cerita lebih-lebih tidak tahu nak cerita apa lagi. Lain kali aku update pula mengenai benda lain.




Monday 13 May 2013

KEYCHAIN PATAH.

Sedihnya satu keychain aku patah. Tidak tahulah macam mana boleh patah. 

HUHUHU...


Dahlah keychain beli dekat Sarawak.

HUHUHU

SEGMEN : BLOGGER PILIHAN SAYA






Blogger pilihan : http://www.lyssasecret.com/

PENDAKWAH CILIK



Sejuk perut seorang apabila melahirkan seorang anak yang bakal menjadi pendakwah. Pada usia yang sebegitu muda, adik ini telah menjadi seorang pendakwah dan telah memberi peringatan kepada kita bertapa ruginya kita sekiranya al-quran tidak bersama kita dan tidak membaca serta mempelajarinya. Bila besar nanti mesti adik ini akan menjadi seorang pendakwah agama nanti. 

INSYALLAH

Moga adik ini akan mengingatkan kita selalu pada Allah, Rasulullah dan juga Kalam Allah.

Sunday 12 May 2013

IBU


Kenapa kita perlu sambut hari ibu sedangkan tidak ada pula yang di katakan hari anak?

Hal ini kerana ibu selalu mengingati anaknya setiap masa, setiap saat dan apa pula ibu dapat dari seorang anak?

Sepatutnya sebagai seorang anak juga perlulah melakukan perkara yang sama terhadap ibu kerana ibu sentiasa berada di sisi kita dan juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya. Ibu perlulah di hargai setiap hari kerana ibu kita dilahirkan ke dunia dan kerana mereka juga kita membesar sempurna tanpa cacat cela kerana ibu jugalah yang akan cuba melindunggi kita sekiranya kita berada dalam bahaya. Tetapi adakah kita sanggup mempetruhkan nyawa kita demi seorang ibu. 

Aku ada terdengar satu ayat tadi di dalam radio "Ibu sanggup menjaga 8 orang anaknya tetapi adakah * orang anak ini sanggup menjaga seorang ibu".

Apabila di fikirkan semula, benda ini berlaku di negara kita ini dan mungkin juga perkara ini akan berlaku pada diri kita sendiri kerana seorang anak belajar dengan melihat apa yang ibu bapa mereka lakukan.

Mungkin sampai sini sajalah yang aku dapat tulis. Sebab kasih sayang seseorang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata teapi perlulah di lakukan dengan perbuatan.


BUNGA ORKID

Kebiasaan aku akan tengok bunga orkid dekat rumah aku setiap kali aku balik ke rumah. Tetapi semenjak kebelakangan ini perkara itu jarang aku buat lagi. Tidak tahulah akukenapa aku tidak melakukan perkara tersebut sedangkan aku minat benda itu dulu dan perkara itulah yang menyebabkan aku berada dalam bidang pertanian sekrang dan lebih tepat lagi bidang aku sekarang adalah Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Mungkin bidang aku yang sudah lari sikit dari minat asal menyebabkan aku jarang ingin melihat bunga orkid tersebut. Tetapi entah macam mana minggu ini aku teringin melihat dan membelek walaupun sekejap pada bunga orkid tersebut. Kalau hendak di ikutkan banyak jenis dekat rumah aku. Tetapi buat masa ini hanyalah beberapa pokok yang sedang berbunga.






 Gambar di atas menunjukkan beberapa jenis bunga orkid yang sedang mengeluarkan bunga dan setiapnya mempunyai warna dan bentuk yang berlainan.

Yang ini pula baru mengeluarkan bunga tetapi belum kembang lagi dan aku tidak pasti warnanya warna apa. Tetapi rasanya yang ini warna bunganya warna hijau.

Kalau nak di ikutkan tenang jiwa bila duduk bersantai melihat bunga-bunga orkid tersebut sebab di bawah gantungan orkid tersebut ada kolam ikan kecil. Walaupun kecil tetapi amat lawa. Kalau ada masa nanti aku masukkan pula gambar laman yang ada kolam ikan ini. Bahagian ini tidaklah begitu besar tetapi amat mempesonakan dan menenangkan jiwa.

Saturday 11 May 2013

BUKU YANG DI BELI MENGGUNAKAN BAUCER BUKU

dalam entry sebelum ini aku pernah membeli buku menggunakan baucer buku yang berbaki RM100 dan hari ini aku akan masukkan judul-judul buku yang aku beli menggunakan baucer buku tersebut. Keseluruhan buku yang aku beli adalah 6 buku termasuk 1 komik. Biasalah, bila dah minat baca komik. Mesti belilah juga walaupun 1. Nanti kena marah pula kalau beli banyak-banyak. Sebab komik aku pun sudah boleh di katakan banyak.




Ini antara buku yang aku beli menggunakan baucer. Nanti aku dah habis baca aku akan kasi tau sinopsisnya. Kalau nak lebih lagi kenalah beli sendiri.


Inilah komik yang aku beli. Yang ini edisi ke-17. Dah beberapa edisi aku ada akunya edisi tidaklah sesempurnanya kerana ada saja edisi yang aku tidak ada.

Aku malas nak beli novel sebab novel yang aky beli sebelum ini pun ada yabg tidak baca lagi.



Tuesday 7 May 2013

SUKAN MSAE 2013

Untuk sukan MSAE kali ini berlangsung selama 2 minggu dan lagi pun kali ini banyak sukan yang di laksanakan dan juga untuk sukan kali ini ada staff yang terlibat untuk beberapa sukan. kira sesuatu peningkatan dalam aktiviti MSAE. Sukan ini berlangsung sebelum Majlis Malam Gemilang sebenarnya. Cuma aku lupa nak update saja. Untuk sukan kali ini aku tidak terlibat satu sukan pun. Lagi pun aku sibuk dalam perancangan untuk melakukan Majlis Malam Gemilang supaya nampak lebih sempurna. Aku akan masukkan gambar mengikut tarikh la ye. Lagi senang.

15 APRIL 2013 (SUKAN PING PING DAN BADMINTON)





16 APRIL 2013 (BOLA JARING DAN SEPAK TAKRAW)

Ini adalah barisan pemain bola jaring dari tahun 2.

Gambar untuk sepak takraw tidak adalah. Nanti kalau ada aku masukkan kemudian.

17 APRIL 2013 (FUTSAL)





Untuk beberapa lagi sukan buat masa ini tidak ada pada aku. Nanti aku cuba dapatkan untuk di muat turun dalam entry akan datang.