Monday 6 May 2013

PESANAN SEORANG IBU



Entry sebelum ini aku memberitahu pesanan seorang ayah. Dan kali ini aku akan masukkan pesanan dari seorang ibu pula. Ibu juga telah berkorban banyak ketika ingi membesarkan aku sehingga ke hari ini dan pengorbanannya itu tidak akan habis sehingga ke nafas yang terakhir.

Pesanan dari seorang ibu tidak jauh bezanya dari seorang ayah, tetapi terdapat sedikit kelainan dari ayah.   Ibu aku yang lebih mesra dengal panggilan mama selalu berpesan pada aku belajar rajin-rajin, jangan main-main belajar. Jangan lupa solat. Jangan lupa mengaji. Cuma beliau jarang ingin berbicara mengenai agama seperti ayahku kerana beliau tahu ayahku telah memberitahu segalanya. Lagi satu pesanan yang kerap aku terima ketika aku balik rumah dan ingin balik ke kolej, beliau akan pesan balik hati-hati, bawa motor tu hati-hati, dah sampai nanti telefon. Walaupun sependek itu kata-katanya tetapi ianya penuh makna dan harapan dari seorang ibu yang melahirkan aku.

SETIAP KATA-KATA IBU ADALAH DOA

Cuma kadang-kala aku tidak melakukan apa yang dipesannya itu. Sebab aku ini ada kedegilannya juga.  Tetapi setiap pesanannya akan aku titipkan dan simpan di dalam ingatanku buat selama-lamanya. INSYALLAH. Akan aku pesankan juga aoa yang pernah aku terima ini pada anak-anakku nanti.

TERIMA KSASIH MAMA KERANA SERING MENASIHATI AKU DAN MEMBERI PESANAN YANG PENUH MAKNA.
SAYANG MAMA.


No comments:

Post a Comment