Saturday 4 May 2013

MAJLIS MALAM GEMILANG MSAE 2013

Malam semalam aku dah banyak update dah sebenarnya. Tapi banyak lagi aktiviti aku nak kongsi bersama. Kali ini aku ingin kongsikan tentang 'Majlis Malam Gemilang MSAE 2013' yang berlangsung pada 25 April lalu di MAEPS BISTRO.  Ala, tempat tahun lepas juga. tidak berubah tempat pun. Lagi pun senang dan dekat.

Tapi untuk kali ini aku bertindak sebagai perancang dalam majlis kali ini. Sebab aku bertindak sebagai pengarah program. Alhamdullilah apa yang aku rancang semuanya berjalan dengan lancar dan untuk kali ini yang hadir pada malam tersebut lebih kurang 130 orang termasuk 6 orang staff dan 5 orang pensyarah termasuk penasihat MSAE-SC sendiri iaitu Dr. Fikri dari Jabatan Pertanian dan Biologi.

Tapi apa yang penting, tanpa kerjasama daripada semua AJK yang berada di bawah aku dan juga kawan-kawan aku serta Presiden dan juga Mantan Presiden MSAE-SC sendiri. Perkara ini tidak dapat di jalankan dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak yang menyokong aku dari awal hingga akhir untuk menjayakan majlis ini.

THANK YOU ALL 
SEBAB TELAH MEMBUATKAN MAJLIS INI BERJAYA DAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

Ini adalah poster atau banner untuk tahun ini. untuk kali ini kami menggunakan tema Black Rose. Dengan tempat macam tu, sesuai sangat.

Ini antara pelajar Tahun 1 yang pergi Majlis ini. Ramai jugalah.

Ini pula antara pelajar Tahun 2. ada yang tidak dapat pergi Majlis ni sebab ada aktiviti lain. Tapi tidak apalah. Jajnji mereka 'Support' program ni. (Aku tidak ada :'( sedihnya)

Ini pula pelajar Tahun 3. Comelkan mereka ini. Tahun depan kita meraikkan mereka pula.

Inilah pelajar Tahun 4 (Tahun Akhir). Inilah pelajar yang kami raikkan untuk malam ini. Semoga dapat bergraduat dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan.

Tidak ada pula gambar aku dalam ini. Mana perginya aku sedangkan aku kan pengarah program. Mana adil macam ini. :'(.

Siapa cakap tidak ada. Adalah gambar aku.

Inilah aku, ini ketika memberi sedikit ucapan sebagai pengarah program.

Sebenarnya bertindak sebagai pengarah program, banyak perkara yang aku belajar dan juga perlu aku perbaiki. Walau apapun, inilah lumrah kehidupan kerana sesuatu yang kita rancang belum pasti dapat dilaksanakan dengan sempurna. Aku akan masukkan lagi gambar nanti. Ini baru perkenalan saja.




No comments:

Post a Comment