Tuesday 7 May 2013

KEMATANGAN BAGI AKU


Bagaimana kita nak tahu seseorang itu matang atau pun tidak terutamanya lelaki?


Bagi akulah, seseorang lelaki itu dikatakan matang apabila perwatakannya tidak nampak kebudak-budakkan. Mungkin ada sedikit manja tetapi semua itu tidak akan di tunjukkan di hadapan kawan-kawannya. Biasanya lelaki yang matang ini tahu membezakan mana yang penting dan mana yang tidak penting. Dan lagi satu, lelaki yang matang tidak akan menyebut dirinya sudah matang dan tidak akan kata yang orang lain belum matang. Sebab kematangan seseorang kebiasaannya terletak pada bagaimana seseorang itu berfikir dan juga bagaimana dia menyelesaikan masalahnya walaupun dalam masa yang sekejap. Bukanlah seorang yang manja walaupun depan kawan dan juga 'gila gambar'. Lepas tu ketika bergambar buat muka seperti kebudak-budakkan.

EUW..

Kalau ye pun suka bergambar tapi tidak perlulah nak buat muka bajet 'cute' tu. Cukuplah sekadar biasa-biasa saja. Kalau perempuan mungkin orang tidak kisah sangat, tapi kalau lelakilah buat muka macam tu.

ERM....

Sendiri mahu fikirlah ye. Dahlah. Aku malas nak bercerita panjang atas sebab-sebab tertentu. Mungkin aku tidak begitu matang dan aku tidaklah juga begitu matang kerana aku berada dalam peringkat ramaja yang ingin melangkah ke alam dewasa. Cukuplah dengan ciri-ciri aku sekarang ini yang menjadikan diri aku yang sekarang.




No comments:

Post a Comment