Sunday 12 May 2013

IBU


Kenapa kita perlu sambut hari ibu sedangkan tidak ada pula yang di katakan hari anak?

Hal ini kerana ibu selalu mengingati anaknya setiap masa, setiap saat dan apa pula ibu dapat dari seorang anak?

Sepatutnya sebagai seorang anak juga perlulah melakukan perkara yang sama terhadap ibu kerana ibu sentiasa berada di sisi kita dan juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya. Ibu perlulah di hargai setiap hari kerana ibu kita dilahirkan ke dunia dan kerana mereka juga kita membesar sempurna tanpa cacat cela kerana ibu jugalah yang akan cuba melindunggi kita sekiranya kita berada dalam bahaya. Tetapi adakah kita sanggup mempetruhkan nyawa kita demi seorang ibu. 

Aku ada terdengar satu ayat tadi di dalam radio "Ibu sanggup menjaga 8 orang anaknya tetapi adakah * orang anak ini sanggup menjaga seorang ibu".

Apabila di fikirkan semula, benda ini berlaku di negara kita ini dan mungkin juga perkara ini akan berlaku pada diri kita sendiri kerana seorang anak belajar dengan melihat apa yang ibu bapa mereka lakukan.

Mungkin sampai sini sajalah yang aku dapat tulis. Sebab kasih sayang seseorang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata teapi perlulah di lakukan dengan perbuatan.


No comments:

Post a Comment