Thursday 2 May 2013

MIRoC 2013

MIRoC 2013 berlangsung pada 13 dan 14 April di UNIMAP Perlis. Sebenarnya MIRoC adalah singkatan kepada Malaysian International Robot Competition. Memang MIRoC ni anjuran UNIMAP setiap tahun. Aku sertainya buat kali pertama mewakili UPM di sana. UPM menghantar wakil dalam 3 kategori pertandigan robot iaitu Fire Fighting, Rope Climbing dan Paintball Robot. Aku adalah sebahagian krew dalam Paintball Robot di mana kena lawan robot 3 lawan 3. Team UPM membuat 4 robot kerana takut berlaku masalah teknikal ketika game. Sekurang-kurangnya masih ada robot simpanan yang boleh digunakan. Aku bersama REmbo membuat satu robot dan ade lagi beberapa orang yang menyiapkan robot-robot lain. Tetapi ketika pertandingan berlangsung aku merupakan wakil UPM untuk menjadi presenter ketika hari kejadian. aku terpaksa mengetahui serba sedikit tentang bahagian elektronik walaupun benda tu aku tidak pernah belajar. Tapi tidak apalah sekurang-kurangnya aku dapat ilmu lain selain apa yang akui belajar dalam kelas.

Tapi tidak sangka pula team kami mendapat tempat ke-2 untuk paintball robot sedangkan yang ada dalam team paintball robot ni semuanya baru nak belajar dalam bidang robotik. tetapi apa-apa hal terima kasih kepada senior-senior robotik yang banyak mengajar kami dari pelbagai sudut. Tanpa mereka tidak mungkin kami akan berada di tempat ke-2 di mana kami kalah dengan TeaM UTEM. Tidak apalah kalah pada tahun ini. Kami akan cuba menjadi JUARA pada tahun akan datang. Tidak lupa juga tahniah kepada team Fire Fighting kepada mendapat The Best Presenter walaupun tidak berjaya dan tahniah juga kepda team Rope Climbing robot. Tanpa semangat dari semua, team Paintball Robot tidak akan berjaya masuk ke peringkat akhir. Terima kasih semua. INSYALLAH pada tahun depan kita akan cuba buat yang terbaik lagi. 

GAMBATE






Ini antara hasil awal robot yang di buat. Tidak secantik mana pun. Janji ada rupalah juga.



Ini adalah masa untuk membetulkan robot walaupun pada masa itu waktu sudah menunjukkan lebih dari Jam 12.00 tengah malam. Semangat tu nak menang.






Ini ketika robot bersama player berada di medan tempur siap sedia untuk berjuang.





Ini adalah gambar di mana kami berada di UNIMAP di mana semua robot akan di persiapkan untuk menentang musuh habis-habisan sehingga ke saat terakhir.





Inilah pemenang untuk The Best Presenter untuk Fire Fighting Robot. Congratulation.



Inilah saat yang paling bermakna apabila kami memnagi tempat ke-2. Tidak apa. Tahun depan kita jumpa lagi.

Ini merupakan 3 orang player utama untuk paintbal robot. Boleh tahan Handsome juga mamat 3 prang ni. Pilihlah mana satu pihan hati. :-)

No comments:

Post a Comment