Friday 3 May 2013

BLOG



Kebiasaannya tiap-tiap bulan adalah juga satu dua "entry" aku akan masukkan dalam blog aku. Tapi aku tidak tahulah kenapa bulan April lalu aku tidak ada tulis satu pun entry sedangkan aku ada banyak aktiviti yang boleh di kongsikan. Nak cakap aku sibuk, sebenarnya ada saja masa untuk menaip, mungkin ada sebab lain yang menyebabkan aku rasa aku malas sangat nak menaip. Tapi apa-apa pun aku akan cuba masukkannya dalam bulan ni sementara aku ada masa ni. Sebab tidak lama lagi bermulah "Test 2" aku untuk semester ini. Lagi pun sekarang ni dah masuk minggu ke-10 dan minggu depan dah minggu ke-11. Tidak lama lagi bermulah cuti semester yang lama dan pada masa itu juga mungkin tidak ada "entry" lagi. Kalau ada pun tidak seperti aktiviti aku semasa aku ada dekat kolej ini. Sebab kalu nak di ikutkan, banyak juga aktiviti yang boleh aku masukkan sebenarnya. Cuma aku malas sikit agaknya atas sebab-sebab tertentu. 

Sabarlah menunggu untuk entry seterusnya ye. Mungkin sebelum tengah malam ini aku akan memasukkan satu dua entry lagi sebab esok lusa aku tidak dapat nak buka laptop sebab aku nak balik untuk bekerja "part time". Nak cari duit poket untuk perbelanjaan untuk minggu-minggu yang mendatang.

INSYALLAH

No comments:

Post a Comment