Tuesday 7 May 2013

PERTANDINGAN MINI TRAKTOR

Pertandingan mini traktor di anjurkan oleh MSAE-SC buat kali ke-2 (setahu aku). Pertandingan di buka kepada pelajar fakulti kejuruteraan sahaja pada tahun ini dan mungkin akan dibuka ke peringkat UPM pada masa akan datang atau juga ke peringkat IPTA (manalah tahu). Pertandingan ini di kira melalui 2 perkara iaitu kelajuan untuk melepasi trak dan juga perbentangan.

Dari segi trak terdapat 4 trak yang perlu di lalui dan setiap peserta hanya ada 3 kali percubaan pada satu trak. Kelajuan dan juga jarak di ambil ketika melalui trak. 

 Ini trak bukit. Tinggi juga bukit yang perlu peserta pastikan traktor yang di bina untuk melepasinya.

 Ini pula trak berpasir. Nak tengok traktor tu boleh jalan ke tidak atas pasir. Sebab traktor yang sebenar memang perlu melakukan kerja di atas pasir

 Ini pula trak berbumper. Nak tengok traktor untuk melepasi halangan berbumber.

Ini pula trak rumput. Nampak senang. Tetapi ada juga group yang tidak sampai ke hujung trek.

Pada peringkat perbentangan pula, para peserta perlu membentangkan mengenai traktor yang di hasilkan dan kenapa mereka melakukan bentuk tersebut. Terdapat 3 orang juri yang akan menilai setiap peserta ketika sesi perbentangan dan ada juga sesi soal jawab.
















Ini adalah 3 orang juri yang menilai perbentangan setiap peserta.

Ini antara gambar yang menunjukkan dua peringkat sebelum bergelar JUARA. Entry seterusnya aku akan masukkan gambar gelagat traktor dan juga peserta ketika hari kejadian.

No comments:

Post a Comment