Sunday, 4 November 2012

PERUBAHAN

Naik saja sem ni, aku berniat untuk berubah.
Berubah dalam perkara apa.
Biarlah aku saja yang tahu.
Cuma aku inginkan pendapat, ingin berubah secara drastik ataupun berubah secara perlahan-lahan.
Berubah secara drastik ibarat kita berlakon di hadapan orang.
Berubah secara perlahan-lahan..
ERM..
Tapi, bagi aku, biarlah perubahan itu dilakukan secara perlahan-lahan.
Kerana ilmu yang ada pada diriku pun masih tidak cukup lagi.
Dan hasilnya, 
ALHAMDULILLAH
Apa yang aku ubahkan itu menjadi secara perlahan-lahan.
APa yang aku jarang buat sebelum ni, semakin hari semakin meningkat.
Cuma kadang-kadang tu, terlupa akan niat asal kita untuk ingin berubah ke arah kebaikan.
Dan aku sekarang cuba juga untuk berubah ke satu tahap lagi.
Doakan aku semoga berjaya.
Semoga perubahan aku ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa bertambah ke arah kebaikan dari hari ke hari.
INSYALLAH
Aku cuma boleh kongsi sekadar ini saja.
Kalau lebih-lebih nanti. orang kata kita tidak ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan itu dan kita berubah lerana manusia bukannya kerana Allah.
Tapi itu mungkin yang akan keluar dari mulut manusia yang tidak boleh kita tutup.
Tetapi mereka tidak tahu hati seseorang manusia itu kerana hati kite ini hanya kita yang tahu dan juga yang menciptakan kita.


No comments:

Post a Comment