Friday 1 March 2013

KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA 2013 (AKTIVITI SAMPINGAN)

Selain membuat aktiviti kebajikan di sana. Ada juga aktiviti sampingan kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami dengan penduduk kampung dan juga antara kami dan keluarga angkat kami dan juga antara kami sendiri. Antara aktiviti sampingan yang di lakukan ketika program ini ialah BBQ bersama penduduk kampung dan juga jelajah Gua Niah. Dah sampai ke Sarawak la katakan. Mesti kena jelajah Gua Niah. Kebetulan jarak antara Gua Niah dengan Bintulu tidak jauh sangat pun. Perjalanannya hampir 4 Km untuk masuk membuatkan kami keletihan. Tapi cukup berbaloi kerana dapat menjelajah Gua Niah dan melihat kesan peninggalan lama di dalam gua tersebut.

Ini antara gamabar aktiviti ketika menjelajah Gua Niah









Gambar ketika Majlis BBQ bersama penduduk kampung dan juga Pengetua Kolej 10. Pada malam itu juga kami di panggil untuk naik ke pentas dan menceritakan pengalaman kami ketika berada di kampung tersebut untuk berkongsi suka duka kami ketika di sana.









No comments:

Post a Comment