Tuesday 26 February 2013

KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA 2013 (AKTIVITI KAMI)

Entry sebelum ini memberitahu serba sedikit tentang aktiviti kami ketika berada di Sarawak. Dan kali ini saya akan sertakan gambar sekali. Letih dengan aktiviti yang sedia kami lakukan tetapi amat menyeronokkan.

Ini aktiviti gotong - royong kami di mana kami membuat papan tanda jalan di Kg. Penan Muslim supaya orang yang datang ke kampung tersebut tahu arah jalan yang ingin di tuju.






 Pada sebelah petangnya pula kami membetulkan jambatan yang menghubungkan rumah Pak Cik Asri kerana jambatan tersebut sudah lama. Kami membetulkannya agar jambatan tersebut tidak roboh. Kami juga membersihkan longkang berdekatan supaya air dapat mengalir dengan baik.






Dan seterusnya adalah aktiviti kami di Sek. Keb. Sungai Tisang di mana kami membuat aktiviti pengukuhan untuk subjek Matematik dan juga Bahasa Inggeris yang di buat dalam bentuk permainan supaya pelajar - pelajar tersebut tidak merasa bosan.
















No comments:

Post a Comment