Wednesday 20 February 2013

AWAL TAHUN 2013

Pejam celik - pejam celik. Dah penghujung bulan Februari dah rupanya. Dah banyak perkara yang aku sudah lalui dan juga bakal aku lalui dalam masa terdekat dan juga yang bakal aku lalui tanpa aku sedari. Nak tak nak aku terpaksa aku lalui juga semua rintangan ini. Sedar tak sedar dah macam - macam perkara aku telah buat sehingga hari ini.Ada sedikit duka dan ada juga sedikit suka. Termasuk juga kekecewaan yang berlaku setakat ini. Aku harap tahun ini akan menjadi lebih baik dan aku juga berharap result aku akan naik demi diri aku sendiri dan juga orang yang tersayang. Doakan aku semoga aku dapat buat yang terbaik untuk tahun ini supaya aku dapat mengejar cita - cita aku. Banyak benda sebenarnya aku nak tulis dalam blog aku ini termasuk perkara yang sedih. Sebab sini sajalah tempat aku mengadu nasib. Nak buat macam mana, aku kan anak sulung, nak mengadu kat keluarga segan, kalau mengadu pun tidak semua yang akan mereka katahui. Jadi dekat dalam ini sajalah tempat aku mengadu nasib dan masalah aku. Kalau aku ada masa aku akan tulis entry yang berlaku sehingga hari ini. Kalau boleh aku nak tulis perkara yang suka sahaja, tetapi nak kongsi perkara duka untuk menjadi renungan bersama.

INSYALLAH.
SELAMAT MALAM.
11.29PM
20 FEBRUARI 2013

No comments:

Post a Comment