Tuesday, 2 October 2012

LUAHAN HATI

Dalam kehidupan seharian kita, cuma beberapa orang sahaja yang memahami kita.
Orang yang paling memahami kita adalah kedua Ibu dan Bapa kita.
Tetapi, yang sangat memahami kita adalah Ibu kita.
Sejahat mana kita, seburuk mana kita, Ibu kita tidak akan mengatakan kita jahat.
Ibu tidak akan mengatakan benda yang buruk pada kita.
Kerana dia tahu, sekiranya dia berkata begitu. 
Itu adalah satu doa darinya untuk kita.
Ibu dan Bapa kita selalu mendoakan yang terbaik untuk diri kita.
Mereka juga selalu mendoakan supaya kita berjaya dalam kehiduoan di dunia dan akhirat.
Cuma kadang kala kita lupa dan lalai akan tanggungjawab kita terhadap mereka.
Kenapa ini semua terjadi?
Ini terjadi kerana kita berada dalam peringkat untuk meginjak ke alam dewasa.
Banyak dugaan dan juga cabaran kita hadapi untuk menghadapi kehidupan ini.
Apa yang kita lakukan kini.
Mungkin akan di lakukan oleh anak-anak kita kelak kepada kita untuk mencari di mana kesabaran kita seperti mana Ibu dan Bapa kita sabar dengan perangai kita.
Kita berharap dapat lakukan yang terbaik kepada anak-anak kita sepertimana Ibu dan Bapa kita lakukan pada kita pada hari ini.

YA ALLAH YA TUHAN KU
TEMPATKANLAH IBU DAN BAPA KU DI KALANGAN HAMBA MU YANG DINAUNGI SYURGA YA ALLAH
HAMBA MU INI MEMOHON HIDAYAH MU YA ALLAH UNTUK MENERANGI SEGALA PERJALANAN DALAM LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI YA ALLAH
HAMBAMU INI TAHU
BANYAK DOSA TELAH DI LAKUKAN
SEMOGA HAMBA MU INI DIBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK MU YA ALLAH
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN






No comments:

Post a Comment