KEBAHAGIAAN DALAM KETENANGAN
Itulah tajuk forum pada malam ini sempena Minggu Penghayatan Kolej Sepuluh buat kesekian kalinya.
Moderator kepada forum ini ialah Ust. Muhamad Syaari.
Ahli panelnya pula adalah Imam Muda Hafiz dan Ustazah Pilihan Fizah.
Dalam forum ini banyak membicarakan isu untuk mencari kebahagiaan dalam ketenangan.
Daripada yang dapat diambil dari forum ini ialah bagaimana ingin membuat 'stress' yang terdapat dalam diri kita.
Antaranya, sebelum kita minum air.
Baca doa, selawat dan ayat-ayat al-quran bagi memasukkan benda baik di dalam diri kita untuk membuang 'stress' dalam diri kita.
Seperti yang kita tahu, air ini adalah hamba Allah juga.
Dan ia juga boleh mendengar apa yang kita pohonkan.
Dan seperti yang kita tahu, air zam zam mempunyai molekul yang paling lawa sekali di atas muka bumi ini.
Apabila kita membaca doa, selawat dan ayat-ayat al-quran, molekul air ini akan berubah serta boleh merubah molekul yang berada yang ada dalam diri kita.
Apabila kita ke tandas untuk membuang air, itu bermakna kita membuang air-air yang mempunyai molekul yang tidak baik.
Selain itu, muzik dan hiburan bukanlah sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan yang kekal kepada manusia tetapi ianya hanyalah bersifat sementara.
Yang boleh memberi ketenangan kepada kita hanyalah Allah.
Oleh itu, kita haruslah membaca apa yang telah disampaikan olehnya melalui rasulnya iaitu Al-Quran.
INSYALLAH
Aku tak dapat ingat semua yang ada di dalan forum itu.
Nanti aku cuba tanyakan kepada yang mencatit atau merakam forum pada malam ini untuk kongsian semua.
Semoga semua berada dalam Ketenangan dan sentiasa bahagian di dunia dan akhirat.
Kalau ada apa-apa yang aku ingat dan maklumat yang aku dapat.
Aku akan kongsikan di dalam ini.
INSYALLAH
Semoga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang.
No comments:
Post a Comment