Sunday, 5 October 2014

ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK TAHUN 2014

Pada ulangtahun kelahiran pada tahun ini yang jatuh pada 20/sept yang lepas, aku tidak sebab update apa-apa. Lagi pun tahun ini aku duduk rumah sewa dan tumah sewa aku belum ada internet. Tapi aku boleh "online" guna wifi "HP". Tetapi tidak selalu aku boleh "online". Untuk ulangtahun ke aku pada tahun ini sungguh bermakna sebabnya aku dapat wish dari adik2 aku dan juga mamaku. Selain itu juga aku dapat keluar bersama insan yang aku sayang. Siapa insan itu biarlah masih misteri kerana jodoh aku masih jauh lagi dan sejauh mana itu aku tidak tahu lagi. Itu pun dah kira OK la juga. Ok la, sampai sini sahaja yang aku ingin ceritakan. Tidak banyak pun, sikit saja. OK la tu dari tidak ada. Lagi pun aku pun sudah lama tidak update entry di blog aku ini. Lagi-lagi bila sudah bergelar pelajar tahun akhir ini. Mungkin lepas ini ada beberapa update entry berkaitan projek tahun akhir aku.

Assalamualaikum.
Merci bouque.

LOOM BAND

Loom band ini untuk di jual. Sesiapa yang ingin order bolehlah "PM" saya di "FaceBook" atau blog ini. Kalau ingin pos boleh juga. Tapi minimum 5 ke atas dan harga pos tidak termasuk sekali. Bukan sahaja loom band, tetapi ada juga tudung sari. Buat masa ini hanya gambar loom band sahaja yang akan di masukkan sebab tudung tidak ada gambar lagi. 


Bentuk 1


Bentuk 2

 Bentuk 3

Kemungkinan akan ada pelbagai lagi bentuk yang akan di hasilkan. Cuma ambil masa sikit.

Tuesday, 16 September 2014

MY BLOG

Dah lama tidak menjengah ke dalam ini. Ini semua di sebabkan ketiadaan internet di rumah. Lagi-lagi sekarang aku duduk luar. Aku tidak duduk kolej lagi. Internet tidak di pasang lagi di rumah sewa yang aku duduk sekarang ini. Tapi ini semua aku tidak kisah. Perkara yang berlaku dalam sebulan lebih ini pun tidaklah banyak sangat. Cuma sekarang aaku sudah menamatkan Latihan Industri aku di MPOB dan juga aku sudah berada di tahun akhir. Itu saja. Tidak banyak pun. Sekrang ini baru minggu ke-2. Tapi dah ada tugasan dan juga aku tangah tunggu tajuk 'Projek Tahun Akhir' dan juga penyelia tajuk. Baru saja hantar semalam. Mungkin esok dah boleh tengok tajuk apa aku dapat. Tapi tidak kisahlah. Aku akan cuba buat yang terbaik sepertimana projek semasa di Politeknik dulu. Nantilah aku cerita lagi apa yang patut. 

#inimalaysiakita
#harimalaysia

Wednesday, 9 July 2014

KEYCHAIN DARI SABAH

ertambah 1 lagi keychain aku dan kali ini dari Sabah. pemberian salah seorang staff dari MPOB yang balik ke Sabah untuk menzirahi keluarganya di sana. Bertambahlah lagi koleksi keychain aku. Selepas ini aku harap koleksi aku akan sentiasa bertambah walaupun dari dalam Malaysia sendiri atau pun dari luar negara. Insyallah. Terima kasih kepada pemberi keychain.



LATIHAN INDUSTRI

Aku sedang menjalani Latihan Industri sekarang ini di MPOB Bangi. Sudah masuk minggu ke-3 aku LI. Buat masa ini masih okeylah. Ada lagi 7 minggu lagi untuk aku menghabiskan LI ini. Nak cerita lebih, aku tidak tahu nak tulis apa. Satu lagi, aku berada di Unit Entomologi dan Mikrobiologi Gunaan. Itu sajalah yang boleh aku kasi tau buat masa ini. Nanti dah habis LI aku kasi tau apa skop kerja yang aku lakukan ketika LI. Buat masa ini biarlah rahsia. Tapi dari unit yang aku kasi tau tu, mungkin ada yang tau akan skop yang aku buat di unit ini.



Tuesday, 17 June 2014

PROJEK JAGUNG

Inilah cerita kami yang semuanya adalah bakal-bakal engineer dalam pertanian. Untuk kali projek yang kami lakukan adalah tanaman jagung. Mungkin semua orang tau cara-cara menanam jagung tetapi kami tanam jagung menggunakan jentera daripada awal. Cuma masa tuai saja secara manual. 


Ini gambar ketika proses pengemburan tanah menggunakan rotovator. Pengemburan ini dilakukan 2 kali. 
1. Menggunakan bajak piring
2. Menggunakan rotovator


Ini jagung yang di tanam dalam tray untuk melihat kadar pertumbuhan berapa anak pokok yang hidup . 

Ini pula proses pengiraan anak pokok yang hidup di dalam tray untuk tahu kadar anak pokok yang hidup nanti.

Ini traktor yang digunakan untuk masuk ke dalam ladang ketika pokok jagung masih kecil untuk di beri baja.


Ini pula proses mengcangkul rumput yang terdapat di sekitar pokok jagung dan juga menambah tanah pada pokok jagung supaya pokok tidak tumpang ketika angin kuat.


Inilah yang terjadi sekiranya proses meracun tidak di lakukan. Tidak namapak pun pokok jagungnya. Yang nampak lalang saja.


Ini pula proses menuai pokok jagung kami. Banyak jugalah pokok yang musnah di sebabkan binatang pemusnah sebeluim kami dapat tuai.


Ini pula proses untuk mengasingkan mana jagung yang matang dan juga pramatang. Mana jagung pramatang akan di buang dan hanya jagung matang sahaja yang akan di ambil untuk proses pembungkusan sebelum di jual.





 Ini pula prose pembungkusan yang di jalankan secara rewang pada malam selepas jagung di tuai. Walaupun penat selepas tuai jagung tetapi tetap semangat untuk melakukan proses pembungkusan.


Ini pula team yang pergi menjual jagung-jagung yang telah siap di bungkus. Ada beberapa tempat untuk jual jagung ini dan Alhamdulillah semuanya habis terjual. Hasilnya juga amat memberangssangkan.

Ini sajalah untuk projek jagung ini. Semoga semuanya akan menjadi engineer pada masa akan datang. Selesai proses menjual jagung ini dan dengan rasminya tamatlah tugas kami dalam projek jagung. Semoga dengan ilmu yang kami dapat ini dapat di gunakan pada masa akan datang. llmu yang kami dapat ini sangat sedikit berbanding dengan orang yang menanam jagung secara besar-besaran tetapi ia boleh di gunakan pada masa akan datang dan juga boleh di tambah lagi dengan mengcungkil ilmu ini dari orang-orang berpengalaman.

Berakhirlah sudah projek jagung pada semester ini.

Selain itu bolehlah rujuk pada satu lagi blog yang juga merupakan classmate KBP saya.




FINAL EXAM SEM 2 2013/2014

Untuk semester ini aku ada 6 modul yang aku kena "Final Exam". Lepas "Final Exam" ini aku akan menjalani latihan industri pula. Tempat latihan industri dan tempat untnk menginap selama latihan industri pun sudah selesai di uruskan.

Ini antara tarikh dan modul yang aku ambil pada semester ini :

09/06 - Teknologi Sistem Maklumat Geografi
10/06 - Kejuruteraan Pemprosesan Pertanian
11/06 - Analisis dan Reka Bentuk Struktur
12/06 - Jentera Perladangan
13/06 - Statistik Kejuruteraan
18/06 - Kejuruteraan Tanah

Boleh tahan jugalah bila jadual "Exam" bersusun macam ini. Tapi tidak kisahlah. Janji boleh buatlah semua. Lulus atau tidak, tidak pasti lagi. Ini sajalah serba sedikit tentang jadual "Final Exam" aku pada tahun ini. Untuk semester akan datang lebih kurang sama sahaja jumlah yang aku ambil.