Untuk semester ini aku ada 6 modul yang aku kena "Final Exam". Lepas "Final Exam" ini aku akan menjalani latihan industri pula. Tempat latihan industri dan tempat untnk menginap selama latihan industri pun sudah selesai di uruskan.
Ini antara tarikh dan modul yang aku ambil pada semester ini :
09/06 - Teknologi Sistem Maklumat Geografi
10/06 - Kejuruteraan Pemprosesan Pertanian
11/06 - Analisis dan Reka Bentuk Struktur
12/06 - Jentera Perladangan
13/06 - Statistik Kejuruteraan
18/06 - Kejuruteraan Tanah
Boleh tahan jugalah bila jadual "Exam" bersusun macam ini. Tapi tidak kisahlah. Janji boleh buatlah semua. Lulus atau tidak, tidak pasti lagi. Ini sajalah serba sedikit tentang jadual "Final Exam" aku pada tahun ini. Untuk semester akan datang lebih kurang sama sahaja jumlah yang aku ambil.
No comments:
Post a Comment