Inilah cerita kami yang semuanya adalah bakal-bakal engineer dalam pertanian. Untuk kali projek yang kami lakukan adalah tanaman jagung. Mungkin semua orang tau cara-cara menanam jagung tetapi kami tanam jagung menggunakan jentera daripada awal. Cuma masa tuai saja secara manual.
Ini gambar ketika proses pengemburan tanah menggunakan rotovator. Pengemburan ini dilakukan 2 kali.
1. Menggunakan bajak piring
2. Menggunakan rotovator
Ini jagung yang di tanam dalam tray untuk melihat kadar pertumbuhan berapa anak pokok yang hidup .
Ini pula proses pengiraan anak pokok yang hidup di dalam tray untuk tahu kadar anak pokok yang hidup nanti.
Ini traktor yang digunakan untuk masuk ke dalam ladang ketika pokok jagung masih kecil untuk di beri baja.
Ini pula proses mengcangkul rumput yang terdapat di sekitar pokok jagung dan juga menambah tanah pada pokok jagung supaya pokok tidak tumpang ketika angin kuat.
Inilah yang terjadi sekiranya proses meracun tidak di lakukan. Tidak namapak pun pokok jagungnya. Yang nampak lalang saja.
Ini pula proses menuai pokok jagung kami. Banyak jugalah pokok yang musnah di sebabkan binatang pemusnah sebeluim kami dapat tuai.
Ini pula proses untuk mengasingkan mana jagung yang matang dan juga pramatang. Mana jagung pramatang akan di buang dan hanya jagung matang sahaja yang akan di ambil untuk proses pembungkusan sebelum di jual.
Ini pula prose pembungkusan yang di jalankan secara rewang pada malam selepas jagung di tuai. Walaupun penat selepas tuai jagung tetapi tetap semangat untuk melakukan proses pembungkusan.
Ini pula team yang pergi menjual jagung-jagung yang telah siap di bungkus. Ada beberapa tempat untuk jual jagung ini dan Alhamdulillah semuanya habis terjual. Hasilnya juga amat memberangssangkan.
Ini sajalah untuk projek jagung ini. Semoga semuanya akan menjadi engineer pada masa akan datang. Selesai proses menjual jagung ini dan dengan rasminya tamatlah tugas kami dalam projek jagung. Semoga dengan ilmu yang kami dapat ini dapat di gunakan pada masa akan datang. llmu yang kami dapat ini sangat sedikit berbanding dengan orang yang menanam jagung secara besar-besaran tetapi ia boleh di gunakan pada masa akan datang dan juga boleh di tambah lagi dengan mengcungkil ilmu ini dari orang-orang berpengalaman.
Berakhirlah sudah projek jagung pada semester ini.
tu kalau buat bubuq jagung sedapnaya
ReplyDeletemember ade buat..lps tue bwa g kls...skjp jew hbs..lg2 dpt jgung manis kn..tue yg skjp jew hbs..sdp...
Delete