Saturday, 16 March 2013

RESULT EXAM

Sseperti yang telah dijangkakan, aku sudah menduga yang keputusan peperiksaan aku pada semester ini tidak begitu baik tetapi tidak aku sangka terdapat satu subjek yang tidak lulus menyebabkan CGPA aku jatuh di bawah paras 3.0. Ibu bapa aku marah dengan keputusan yang aku dapat. Apa subjek yang aku tidak lepas tu biarlah aku sendiri yang mengetahuinya. Aku kena jaga CGPA aku sebab perjalanan aku sebagai seorang pelajar di sini masih jauh. Aku harap aku dapat tingkatkan CGPA aku pada semester ini. tak nak CGPA aku jatuh lebih teruk lagi pada semester ini. Aku rasa subjek semester ini lagi susah dan bermakna aku kena lebih fokuskan pada pelajaran aku pada semester ini.

Aku akan cuba sebaik mungkin.
INSYALLAH


KELUARGA ANGKATKU DI SARAWAK (KKP2013)

Seperti yang aku pernah tulis pada entry sebelum ini, ketika kami di Sarawak untuk Program Kembara Kebajikan Putra K-10, kami di berikan di bawah jagaan keluarga angkat. Untuk entry kali ini, aku cuma tumpukan pada cerita tentang keluarga angkat aku saja.

Nama bapa angkat aku Tejeli dan nama mak angkat aku pula sophia atau lebih dikenali sebagai mak miji oleh budak-budak kampung. Dia orang mempunyai 3 orang anak saja, seorang lelaki dan dua perempuan dan yang perempuan tu kembar. Yang lelaki tu bernama Temizie (abbo) dan yang perempuan pula bernama Tyeqah (adik) dan Zyerah (kakak). Walau bagaimanapun aku cuma jumpa dengan kakak saja kerana adik dan abbo belajar dekat semenanjung (Malaya). Abbo belajar dekat ADTeC Melaka dan adik pula belajar di Institut Pendidikan Teknikal Nilai. Adik beradik angkat aku pula namanya Wan Afiq  (Tenung). Banyak kenangan aku bersama keluarga angkat aku semasa di Sarawak.Mereka terlalu baik pada aku dan juga tenung dan mereka menjaga kami seperti mana mereka menjaga anak mereka sendiri. Makan minum kami tidak pernah kurang malah mereka juga memahami kami yang kami berada dalam aktiviti yang mempunyai perjalanan jadual yang tetap. Tetapi kami juga cube meluangkan masa berssama mereka pada waktu malam kerana pada waktu siang kami tidak berkesempatan untuk berborak. Terima kasih pada mereka kerana telah menjaga kami tatkala kami di sana ketika aktiviti Kembara Kebajikan Putra sedang berlangsung. Kalau ada rezeki nanti. Aku akan ke sana untuk melawat mereka. 

Insyallah.











Sunday, 10 March 2013

TRADISI KOLEJ 10

Kolej 10 mempunyai tradisi yang sentiasa ada di hati penduduk Kolej 10 dan perlu di ingati walau ke mana sahaja aktiviti di bawah naungan Kolej 10 iaitu Hakka Kolej 10. Hakka ini turut tidak di lupakan ketika aktiviti Kembara Kebajikan Putra 2013 di laksanakan walaupun ketika itu kami berada di Sarawak kami tetap melakukan Hakka ini di hadapan penduduk Kampung Penan Muslim dan juga di hadapan pelajar Sek. Keb. Sungai Tisang yang menunjukkan bagaimana kami semua bersatu di bawah satu bumbung yang di beri nama Kolej 10. Traadisi ini akan di bawa ke mana sahaja kami pergi tidak kira ketika berada di UPM dan juga di luar UPM dan tradisi ini akan di turunkan dari satu generasi ke satu generasi yang bergelar siswazah dari Kolej 10.






Friday, 1 March 2013

KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA 2013 (AKTIVITI SAMPINGAN)

Selain membuat aktiviti kebajikan di sana. Ada juga aktiviti sampingan kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami dengan penduduk kampung dan juga antara kami dan keluarga angkat kami dan juga antara kami sendiri. Antara aktiviti sampingan yang di lakukan ketika program ini ialah BBQ bersama penduduk kampung dan juga jelajah Gua Niah. Dah sampai ke Sarawak la katakan. Mesti kena jelajah Gua Niah. Kebetulan jarak antara Gua Niah dengan Bintulu tidak jauh sangat pun. Perjalanannya hampir 4 Km untuk masuk membuatkan kami keletihan. Tapi cukup berbaloi kerana dapat menjelajah Gua Niah dan melihat kesan peninggalan lama di dalam gua tersebut.

Ini antara gamabar aktiviti ketika menjelajah Gua Niah









Gambar ketika Majlis BBQ bersama penduduk kampung dan juga Pengetua Kolej 10. Pada malam itu juga kami di panggil untuk naik ke pentas dan menceritakan pengalaman kami ketika berada di kampung tersebut untuk berkongsi suka duka kami ketika di sana.