Wednesday, 24 October 2012

FESTARI 2012 (VIDEO) KATEGORI ASLI





Ini adalah video FESTARI utk kategori asli yang berlangsung di Dewan Putra 2, Serumpun pada 20 Oktober 2012

Tontonlah ye.


Tuesday, 23 October 2012

FESTARI 2012 (VIDEO) KATEGORI KREATIF

Ini video ketika 'rehearsel' penuh di Dewan Putra 2, Serumpun.


Ini adalah video malam pementasan pada malam FESTARI 2012 pada 20 Oktober 2012.


Ni sahaja untuk entry kali ini.
Untuk Kategori Tradisional akan aku masukkan kemudian.
Sebab video tu tidak ada pada aku sekarang.
Nanti aku cuba dapatkan pada sesiapa yang ada merakam video tersebut.

Firdaus
:-)

Tuesday, 16 October 2012

JERSI BARU

Hari in aku ke Bukit Ekspo dengan tujuan untuk membeli jersi.
Lawa-lawa juga jersi yang terdapat dekat situ.
Aku membeli 3 jersi dan salah satunya tanpa lengan dengan tujuan untuk aku pakai ketika bermain badminton.
Satu jersi tu memnag lawalah.
Mungkin corak baru keluar.
Habislah duit aku RM40.
Nak buat macam mana.
Asalkan aku puas.
:-)

Jersi ni aku beli untuk aku pakai main badminton.

Yang ini murah je. RM 10 je.

 Yang ini ada orang cakap lawa. Sebab tu aku ambil. Tapi bila aku bawa balik. RAmai juga kata jersi yang ini lawa.



Friday, 5 October 2012

KEBAHAGIAAN DALAM KETENANGAN

KEBAHAGIAAN DALAM KETENANGAN
Itulah tajuk forum pada malam ini sempena Minggu Penghayatan Kolej Sepuluh buat kesekian kalinya.
Moderator kepada forum ini ialah Ust. Muhamad Syaari.
Ahli panelnya pula adalah Imam Muda Hafiz dan Ustazah Pilihan Fizah.

Dalam forum ini banyak membicarakan isu untuk mencari kebahagiaan dalam ketenangan.
Daripada yang dapat diambil dari forum ini ialah bagaimana ingin membuat 'stress' yang terdapat dalam diri kita.
Antaranya, sebelum kita minum air.
Baca doa, selawat dan ayat-ayat al-quran bagi memasukkan benda baik di dalam diri kita untuk membuang 'stress' dalam diri kita.
Seperti yang kita tahu, air ini adalah hamba Allah juga.
Dan ia juga boleh mendengar apa yang kita pohonkan.
Dan seperti yang kita tahu, air zam zam mempunyai molekul yang paling lawa sekali di atas muka bumi ini.
Apabila kita membaca doa, selawat dan ayat-ayat al-quran, molekul air ini akan berubah serta boleh merubah molekul yang berada yang ada dalam diri kita.
Apabila kita ke tandas untuk membuang air, itu bermakna kita membuang air-air yang mempunyai molekul yang tidak baik.

Selain itu, muzik dan hiburan bukanlah sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan yang kekal kepada manusia tetapi ianya hanyalah bersifat sementara.
Yang boleh memberi ketenangan kepada kita hanyalah Allah.
Oleh itu, kita haruslah membaca apa yang telah disampaikan olehnya melalui rasulnya iaitu Al-Quran.
INSYALLAH



Aku tak dapat ingat semua yang ada di dalan forum itu.
Nanti aku cuba tanyakan kepada yang mencatit atau merakam forum pada malam ini untuk kongsian semua.
Semoga semua berada dalam Ketenangan dan sentiasa bahagian di dunia dan akhirat.
Kalau ada apa-apa yang aku ingat dan maklumat yang aku dapat.
Aku akan kongsikan di dalam ini.
INSYALLAH
Semoga berjumpa lagi dalam entry yang akan datang.




Tuesday, 2 October 2012

LUAHAN HATI

Dalam kehidupan seharian kita, cuma beberapa orang sahaja yang memahami kita.
Orang yang paling memahami kita adalah kedua Ibu dan Bapa kita.
Tetapi, yang sangat memahami kita adalah Ibu kita.
Sejahat mana kita, seburuk mana kita, Ibu kita tidak akan mengatakan kita jahat.
Ibu tidak akan mengatakan benda yang buruk pada kita.
Kerana dia tahu, sekiranya dia berkata begitu. 
Itu adalah satu doa darinya untuk kita.
Ibu dan Bapa kita selalu mendoakan yang terbaik untuk diri kita.
Mereka juga selalu mendoakan supaya kita berjaya dalam kehiduoan di dunia dan akhirat.
Cuma kadang kala kita lupa dan lalai akan tanggungjawab kita terhadap mereka.
Kenapa ini semua terjadi?
Ini terjadi kerana kita berada dalam peringkat untuk meginjak ke alam dewasa.
Banyak dugaan dan juga cabaran kita hadapi untuk menghadapi kehidupan ini.
Apa yang kita lakukan kini.
Mungkin akan di lakukan oleh anak-anak kita kelak kepada kita untuk mencari di mana kesabaran kita seperti mana Ibu dan Bapa kita sabar dengan perangai kita.
Kita berharap dapat lakukan yang terbaik kepada anak-anak kita sepertimana Ibu dan Bapa kita lakukan pada kita pada hari ini.

YA ALLAH YA TUHAN KU
TEMPATKANLAH IBU DAN BAPA KU DI KALANGAN HAMBA MU YANG DINAUNGI SYURGA YA ALLAH
HAMBA MU INI MEMOHON HIDAYAH MU YA ALLAH UNTUK MENERANGI SEGALA PERJALANAN DALAM LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI YA ALLAH
HAMBAMU INI TAHU
BANYAK DOSA TELAH DI LAKUKAN
SEMOGA HAMBA MU INI DIBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK MU YA ALLAH
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN