Monday, 23 February 2015

BULAN FEBRUARI


Dah penghujung bulan Februari dah pun. Macam-macam dugaan kehidupan yang berlaku dan macam-macam aktiviti yang aku lakukan. Antara aktiviti itu kerja "part-time", SUKNES@U anjuran MANIS dan Yayasan NS, Makan Malam di Rumah Menteri Besar NS dan pelbagai lagi. Pelbagai dugaan dalam kehidupan juga berlaku dan dugaan ini biarlah aku sahaja yang tahu dan mungkin ada yang akan di beritahu pada entry mendatang. Semuanya harus di tempuhi dengan tabah dan hari ini juga permulaan untuk semester baru untuk semester ini dan masih dalam keadaan untuk menyusun jadual. Semoga hari-hari dan dugaan yang mendatang akan ditempuh ini akan menjadi aku untuk lebih matang dan lebih positif. Tetapi mungkin ada sikap aku yang masih sukar untuk di ubah. 


Doakan aku supaya menjadi lebih baik dan menempuh segalanya dengan hati yang terbuka dan dengan tabah menempuhnya. Hari-hari aku akan menjadi sukar mulai sekarang. Dugaan yang menimpa diri ini menjadikan diri ini kadang-kadang terasa lemah dan jatuh. Pada insan yang aku ada buat salah, maafkan diri ini yang tidak sempurna.


Mungkin ini sahaja yang aku dapat masukkan untuk entry kali ini. Aku cadangkan nak tulis mengenai SUKNES@U dan juga makan malam tersebut. Tapi mungkin lain kali boleh dimasukkan. Aktiviti tahun lepas ada juga yang aku tidak masukkan lagi. Semua itu aku perlu tengok semula tarikh dan bulan berapa. Insyallah, jikalau ada kelapangan akan adalah entry berkaitan aktiviti tersebut. Jika tidak, aku minta maaf.


Semoga berjumpa lagi dalam entry akan datang.


No comments:

Post a Comment