Monday 5 January 2015

TAHUN BARU 2015

ASSALAMUALAIKUM, 

Dah masuk tahun 2015 dah. Tahun penentu untuk segala perjalanan aku sebgai seorang graduat dan merupakan tahun terakhir aku untuk bergelar seorang graduat. Insyallah selepas itu akan bermulanya sebagai orang yang bekerjaya. Tahun 2014 yang lepas begitu banyak dugaan yang di lalui tetapi semuanya tidak ku update dalam ini. Bukan tidak ada masa. Tetapi atas sebab-sebab tertentu. Tahun 2014 akan menjadi sejarah kepada kehidupan aku yang lepas akan aku tempuhi tahun 2015 dengan tabah. 

Begitu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui pada tahun 2014 dan semoga pengalaman yang le[as itu boleh mematangkan aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang pada tahun 2015. tahun 2014 di tutup dengan peperiksaan akhir untuk kertas pertama dan lembaran 2015 pula di buka dengan kertas ke-2 dan ke-3.

Tidak banyak yang ingin aku "update" di sini tetapi akan ada beberapa aktiviti pada 2014 yang tidak aku sempat update akan aku updatekan pada kemudian hari. Semoga perjalanan aku untuk tahun 2015 yang mencabar ini dapat aku tempuhi dengan hati yang tabah. Insyallah. 

PENGALAMAN MEMATANGKAN SESEORANG UNTUK MENJALANI HARI-HARI MENDATANG.



2 comments:

  1. Selamat tahun baru senior .. semoga cemerlang di tahun akhir nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you..Semoga awak pun cemerlang dalam pelajaran

      Delete