Dah berapa lama belajar breed ikan ni baru ada yang menjadi. Tidak lama lagi yang jadi tue boleh guna untuk breed semula. Walaupun tidak banyak, tetapi bolehlah dari tidak ada. Untuk gambar-gambar aku upload kemudian. Tak ambil gambar lagi la. Sekarang tengah cuba Big Ear, Crown Tail Half Moon Plakat, Veiltail dan Half Moon murah je. Selain itu aku ada cuba biakkan guppy. Ade jenis Sakura, Golden rainbow, Orange dan Black Moscow. Kalau ada lagi nanti nak cuba ikan lain pula.
Saturday, 26 December 2015
Tuesday, 1 December 2015
DUNIA
Kenapa apabila ada seseorang yang mengatakan inigin berumah tangga ada sahaja halangan dari keluarga. Antara halangannya duit dah cukup, gaji pun tak seberapa dan macam-macam lagi. Kenapa orang melayu sekrang nak bersaing untuk buat majlis secara besar-besaran dan nak menunjuk-nunjuk untuk melakukan perkahwinan anak-anak mereka, Sedangkan islam itu mudah. Rezeki itu datang dari Allah. Insyallah ia akan datang selepas kahwin atau pun selepas bertunang tatkala perkahwinan itu sudah hampir tanpa kita jangka. Kenapa ada segelintir ibu bapa nak anak-anak sediakan semuanya tanpa ibu bapa bantu sedikit. Ini akan menyukarkan anak-anak dan menyebabkan anak-anak terpaksa meminjam dari mana-mana pihak.
Kalau nak buat perkahwinan seccara besar-besaran sekarang ini. RM10k tu tak cukup. Sekurang-kurang nya memerlukan RM50k hingga RM100k. Dalam masa beberapa tahun terkumpulkah duit sebanyak itu. Lainlah gaji seseorang itu RM50k sebulan. Mampulah nak simpan banyak-banyak tiap-tiap bulan. Dengan cabaran hidup pada masa kini yang semakin mencabar, duit nak simpan pun ambil masa sekurang-kurangnya 20 ke 30 tahun untuk simpan. Kalau samapi 20 ke 30 tahun baru cukup, pada masa itu berapa pula umur anak-anak untuk berumah tangga. Silap-silap ada yang umur 40 ke 60 tahun baru nak berumah tangga.
Sampai sini sahaja dulu untuk entry ini. Ada masa lagi aku update lagi.
Assalamualaikum.
MY BLOGGER
Lama rasanya tak update apa-apa kat blog ni. Dalam masa beberapa bulan ini macam-mamcam yang telah berlaku. Sekarang ni aku dah tubuhkan syarikat aku sendiri. Sekarang ini aku akan update serba sedikit tentang perniagaan yang aku lakukan dan juga akan ada mengenai perkembagan aku sekarang.
Nama company aku FIRIRA ENTERPRISE. Antara aku lakukan jadi dropship untuk baju dan juga wallpaper dinding. Selain itu ada juga catering. Penghantaran untuk catering aku sampai ke Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor dan Kuala Lumpur.
Selain itu, aku boleh bekalkan ikan ternakan dan ikan hiasan. Banyak lagi bidang yang aku lakukan. Apa-apa hal aku update kemudian.
Friday, 12 June 2015
PESANAN
TETAMU TAK DIUNDANG....
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM
Wednesday, 8 April 2015
HOBI DAN MINAT
Minat aku pada ikan hisan menyebabkan aku ingin belajar bagaimana untuk membiakkan ikan hiasan ini walaupun di buat di dalam rumah sahaja. Minat ini mula masa sekolah dulu yang hanya membela pelbagai ikan hiasan dan ketika itu tidak tahu apa-apa pun dan macam mana nak tukar air ikan pun tidak tahu dan menyebabkan banyak ikan mati selepas air di tukar pada waktu itu dan kini minat itu menjadi lebih mendalam apabila ingin belajar tentang kehidupan ikan itu dan jenis-jenis ikan serta cara membiakkannya. Buat masa ini aku telah berjaya membiakkan sword tail, guppy dan betta. Tetapi untuk sampai tahap tumbesaran yang maksimum tu tidak sampai lah lagi. Umur Juvenile betta aku paling lama pun 2 bulan lebih dan bila di bawa balik seremban. Tidak ada orang nak jaga. Tahu-tahu dah mati sahaja. Guppy pun susah jugalah mungkin sebab bela dalam bekas kecil sahajakan. Tetapi itu tidak membuat aku putus asa dan sekarang aku ada anak swortail, ballon molly dan juga betta. Fry betta aku baru sahaja berumur 3 minggu, 2 minggu, 4 hari dan baru sehari. Buat masa ini aku cuba dengan betta yang murah-murah dulu. Dah betul-betul aku bekerjaya nanti aku akan cuba dengan betta yang lain pula. Jenis betta yang aku ada antaranya V-Tail, Half Moon Plakat (HMPK), Half Moon (HM) dan Imbellis yang orang dah biakkan di rumah.
Tidak banyak pun ikan dalam ni. Ada ikan sisik tebal yang aku sauk dalam parit dekat kampung aku dan ada sekor anak molly dan sekor anak ikan yang aku tidak tahu namanya.
Ini pula ikan laga jenis Half Moon yang aku beli dan semua ini betina. Ini link "facebook" owner aku beli ikan ini Abu Hurairah. Ikan ini baru sahaja sampai semalam.
Di dalam ini ada beberapa fry yang baru sahaja menetas dan masih ada ikan jantan di dalamnya. Dalam 4 hari lagi aku akan keluarkan jantan dari dalam bekas ini.
Ini antara tempat pembiakan ikan aku. Dalam bekas putih tu ada fry yang baru berumur 4 hari dan ikan jantan pun sudahpun dikeluarkan dari dalam bekas tersebut.
Dalam bekas yang bawah ada anak swortail dan yang atas atas anak betta dah masuk 3 minggu.
Ini sajalah yang boleh aku update mengenai minat dan hobi aku tehadap ikan. Ikuti perkembangannya dalam entry akan datang.
LADANG 2015 CHAPTER 2
Dah hampir sebulan berlalu selepas entry Ladang 2015 Chapter 1 saya update pada 22 Mac lepas. Kali ini saya akan update perkembangan yang berlaku di ladang jagung pada semester ini.
Pada minggu ke-5 dan ketika itu umur jagung baru sahaja seminggu. Banjir berlaku di ladang dan terdapat anak pokok yang di tenggelami air dan pada minggu ke-5 ini juga sulaman anak pokok dilakukan di tempat yang di mana anak pokok jagung tidak bercambah. Mungkin sebab di makan burung atau pun biji benih memang tidak bercambah.
Pada minggu ke-6 pula kerja-kerja menyembur racun serangga dilakukan serta kerja sulaman juga turut dilakukan kerana jumlah anak pokok untuk sulaman pada minggu sebelumnya tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, di kawasan yang air bertakung tidak dilakukan sulaman sebab sekarang musim tidak menentu. Selalu hujan waktu petang. Kalau buat sulaman di tempat air bertakung. Peratusan untuk anak pokok hidup amat rendah.
Pada minggu ini dan merupakan minggu ke-7 di UPM dan umur anak pokok jagung telah pun mencapai 3 minggu. Itu pun masih terdapat anak pokok yang terbantut tumbesarannya mungkin disebabkan air yang terlebih di kawasan terbabit. Pada minggu ini juga kerja-kerja membaja secara manual dilakukan serta kerja-kerja mebuang rumpai dilakukan. Maklumlah, hujan kerap turun. Jadi rumpai lagi cepat naik dari anak pokok. Kenalah buat kerja-kerja membuang rumpai.
Disini disertakan gambar sekali.
Minggu ke-5
Ini antara anak pokok yang sudah mula mengeluarkan pujuk pertamanya pada minggu pertama selepas di semai.
Gambar sebelah kiri merupakan gambar anak pokok yang terbantut sikit dan masih belum mengeluarkan pucuk dan gambar sebelah kanan pula gambar anak pokok yang patah.
Ini pula gambar anak pokok yang digunakan untuk kerja-kerja menyulam anak pokok di dalam ladang.
Apa yang jelas di dalam gambar ini ialah terdapat anak pokok yang di tenggelami air selepas hujan yang turun sebelum gambar ini diambil.
Minggu ke-6
Ini kerja-kerja menyembur racun di dalam ladang menggunakan "high clearance tractor" dan "spayer".
Minggu ke-7
Minggu ini tidak ada gambar kerja-kerja menabur baja dan juga kerja-kerja membuang rumpai dilakukan. Yang ada cuma gambar-gambar anak pokok jagung yang berumur 3 minggu sahaja.
Ini gamabar anak jagung yang tumbuh dengan sihatnya.
Ini pula gamabar anak pokok yang terbantut sedikit tumbesarannya. Berbeza dengan anak pokok yang tadi.
Dari dalam gambar ini, kelihatan jelas terdapat perbezaan pada ketinggian anak pokok jagung yang telah di tanam di ladang ini. Mudah-mudahan semua tumbuh dengan baik selepas ini.
Ini sajalah untuk entry kali ini. Tunggu entry yang akan datang yang akan menampakkan lagi ketinggian anak pokok jagung ini. Semoga pokok jagung ini tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
Sunday, 22 March 2015
LADANG 2015 CHAPTER 1
Tahun ini aku kene masuk ladang lagi sekali atas sebab-sebab tertentu. Tapi tidak apalah. Aku okey saja kalau bab-bab masuk ladang ni. Untuk kali ini ada 2 kerja yang tidak di buat sebelum ini tetapi di buat pada kelas kali ini iaitu "lime mower" dan juga "chicken dunk". "Lime mower" adalah kerja-kerja mengapur untuk meneutralkan tanah dan "chicken dunk" adalah kerja-kerja membaja tanah menggunakan baja tahi ayam. Semua kerja ini dilakukan menggunakan mesin.
Masuk minggu ini dah seminggu dah pokok yang ditanam. Pada khamis lepas adalah juga member dalam "team" saya pergi tengok pokok jagung dan pokok jagung telah mengeluarkan tumbuh dengan suburnya. Pokok ini perlu di jaga sehingga keluar hasil dan hasilnyaa mungkin boleh dikutip pada bulan Mei atau Jun nanti.
Insyallah.
Week 2 in UPM (Lime Mower and Rotovator)
Kerja-kerja persediaan awal tanah sebelum kerja-kerja seterusnya dilakukan di ladang.
Week 3 in UPM (Chicken Dunk)
"Chicken Dunk" Di buat dalam keadaan tanah basah sebab malam sebelum kerja ini dilakukan hujan lebat telah turun membasahi bumi Serdang.
Week 4 in UPM (Planter the seed of the sweet corn)
Harap-harap pokok tumbuh dengan baik.
Ini antara kerja-kerja yang telah dilakukan di ladang dan aku akan update dari masa ke semasa. jumpa lagi pada entry akan datang.
SAYONARA dan AU REVOIR
Tuesday, 24 February 2015
SUKNES@U 2015
SUKNES@U anjuran MANIS dengan Yayasan N. Sembilan dengan kerjasama USIM Nilai adalah sukan untuk anak-anak N. Sembilan yang dianjurkan buat kali kedua. Untuk kali pertama di adakan di UKM. Antara sukan teras yang dilaksanakan seperti ping pong, sepak takraw, bola tampar, bola jaring dan futsal. Untuk kali ke-2 ini, sebanyak 19 IPTA dan 3 IPTS telah mengambil bahagian. UPM telah menghantar wakil untuk semua sukan dan hanya mendapat tempat ke-2 untuk futsal. Aktivti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan ramai anak N. Sembilan dari pelbagai IPT.
Untuk kali ke-2 ini juga dianjurkan sukan rakyat. Sukan rakyat ini adalah untuk mengingatkan kembali pada remaja zaman sekarang antara sukan yang biasa di mainkan di kampung yang semakin di lupakan oleh kanak-kanak dan juga remaja pada zaman ini. Antara sukan rakya yang di laksanakan seperti tarik upih, tarik tali, galah panjang, baling selipar dan ada beberapa lagi sukan yang aku sendiri tidak berapa ingat.
Walau bagaimanapun tahniah kepada pasukan UPM walaupun tidak berjaya mana tetapi telah menunjukkan semangat ketika SUKNES@U dilangsungkan.
Ini gambar atlet (atletlah sangat) UPM pada Majlis Perasmian di USIM Nilai
Ini gambar antara atlet yang mengambil bahagian dalam temasya SUKNES@U
Ini antara atlet bola jaring UPM. Tahniah semua.
Ini antara muka-muka atlet UPM yang menjayakan SUKNES@U
Ini pula gambar ketika majlis penutupan yang di rasmikkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Besar USIM Nilai.
SUKNES@U telah masuk dalam surat khabar dan mengambarkan bertapa besarnya program ini untuk membuktikan semangat sukan dalam kalangan anak-anak N. Sembilan.
Ini sahaja untuk entry untuk sukan SUKNES@U. Semoga berjumpa lagi dalam entry akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)