Tuesday 3 December 2013

PHOTOSHOP

Setelah 7 tahun aku tinggalkan alam menggunakan software seperti photoshop, 3D image dan sebagainya. Aku menggunakan semula software photoshop. Itu pun aku dah banyak lupa bagaimana hendak menggunakan photoshop ini. Tapi alhamdululillah aku berjaya juga menggunakannya untuk menghasil 2 poster yang aku rasa tidaklah sehebat orang yang terlibat dalam bidang designer. Aku cuma amatur yang baru hendak belajar saja. Lagi pun masa sekolah dulu pun aku tidaklah sehebat kawan-kawan aku. Aku biasa-biasa saja.

Di sini aku akan masukkan sekali poster yang telah aku hasilkan.


 Yang ini poster yang pertama aku buat. Tidaklah lawa mana. Okeylah juga walaupun dah lama tidak menggunakan photoshop.


Yang ini pula poster kedua aku buat dan poster ini telah dipersetujui dan poster ini akan dibuat untuk banner ketika hari kejadian. Yang ini aku buat dalam masa yang amat singkat berbanding poster pertama. Al-maklumlah, lama tidak menggunakan software photoshop. Tu yang jadi lambat sikit tu masa nak hasilkan poster pertama.

2 comments:

  1. wahh.. terer jgk pakai phtoshop ye.
    klu licha pakai powerpoint je semuanya.hihi.
    singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. cde la power mne pn..bse2 je..
      sbb nk wat poster kn..
      poster nie nnt nk kne wat banner..
      tue yg pki photoshop..itu pn dh lme x gna..

      Delete