Wednesday 2 January 2013

END OF 2012

Berakhirlah sudah tahun 2012.
Penuh dengan suka duka, masam manis yang dilalui.
Menjadi memori dalam ingatan dan supaya menjadikan aku lebih matang melalui liku-liku kehidupan yang mendatang dan semakin mencabar.

Naik tahun baru ini, semakin meningkatlah umur aku dan semakin dekat dengan sesuatu yang pasti. 
Kehidupan sebagai pelajar semakin mencabar.
Aku ingin berubah untuk menjadi lebih baik.
Mencari teman yang boleh menjadi teman yang sentiasa menemani disisi dan menjadi sahabat yang sedia menjadi pendorong untuk berjaya.




Dah masuk tahun kedua untuk sesi 2012/2013 dan tidak lama lagi aku akan masuk tahun 3 untuk sesi 2013/2014.
Ada 2 tahun lagi aku akan habis belajar.
Alhamdullilah, apa yang aku target pada masa ini untuk mengekalkan pointer aku dapat aku harungi walaupun banyak dugaan yang dilalui dengan sokongan daripada keluarga tercinta.
Dan kini aku berazam untuk mengekalkan pointer dan juga untuk menaikkan pointer aku semoga tidak jatuh teruk.


Banyak aktiviti aku pada tahun lepas bersama keluarga, kawan-kawan kelas dan juga rakan-rakan kolej.
Aktiviti ini banyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang berani dan juga mengajar aku untuk mencari identiti aku yang sebenarnya.
Sebab banyak yang kelebuhan dan juga kekurangan aku yang tidak disedari dan juga disedari dalam diri ini.


Dinner MSAE-SC



Lawatan ke Cameron





Jalan-jalan ke PD





Terima kasih kepada rakan-rakan kerana menjadi peneman di Kolej 10 ini dan juga peneman di dalam Kos Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem.
Semoga persahabatan yang terjalin ini kekal dan menjadi memori dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Apa yang terjadi pada masa lepas akan menjadi kenangan bersama dan juga menjadikan kita lebih rapat.








Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013.

Semoga tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lepas.
Semoga apa yang telah dilalui menjadi kenangan dan memori yang tidak boleh dilupakan dan membuat aku menjadi lebih matang untuk melalui liku-liku kehidupan yang akan menjadi lebih sukar.

No comments:

Post a Comment