Thursday 27 September 2012

DIET SAHABATKU

Tak tahulah kenapa aku ingin tulis untuk kali ini.
Mungkin kerana aku melihat makanan dan minuman yang diambil oleh salah seorang sahabatku agaknya.
Kerana aku merasa pelik dengan makanan dan minuman yang diambilnya untuk malam itu.
Siapa sahabatku itu, Tidak perlulah aku kasi tau dalam ini.
Biarlah ia menjadi rahsia.
Apa yang peliknya adalah kerana makanan yang diambilnya cumalah lauk.
Tanpa nasi pun.
Airnya pula, air tea'o limau tanpa gula.
Aku cuba minum, tapi tak boleh nak telan sebab masam gila.
Macam mana dia boleh habiskan air itu pun.
Aku tak tahulah.
Cuba kamu semua bayangkan itulah makan dan minum untuk malam ini.
Agak-agaknya boleh tak kamu semua terimanya.
Kalau perempuan tu, boleh cayalah.
Dietlah katakan.
Tapi budak ini lelaki.
ERM...
Pelik-pelik.

 Inilah lauk yang diambil oleh sahabat aku untuk makan malam.

Inilah airnya. Tak ada gula pula tu.
ISH....


ERM..
Ini sajalah entry untuk kali ini.
Kalau ada apa-apa yang aku rasa menarik.
Aku masukkan.

Thursday 20 September 2012

ULANG TAHUN KELAHIRAN

Pejam celik -pejam celik.
Dah naik umur aku lagi setahun.
Berapa umur aku sekarang.
Tidak perlulah aku kasi tahu di dalam ini.
Biarlah anda mencari sendiri berapa umur aku sekarang.
Cuma, apa yang aku harapkan ialah, aku dapat berubah ke arah kebaikan demi kebaikan aku sendiri.
Aku harap, apa yang pernah berlaku sebelum ini adalah merupakan titik tolak untuk aku menghadapi alam remaja aku yang semakin mencabar ini.
Dan tidak aku lupa juga, semakin meningkat umur aku.
Semakin dekat aku akan hari yang menjadi ketakutan kepada semua manusia di dalam dunia ini.
Apa yang di takutkan itu. 
Carilah jawapannya  sendiri ye.
Ini saja untuk entry kali ini.
Semoga aku dapat menjadi anak yang soleh dan insan yang berguna kepada keluarga dan juga masyarakat.
INSYALLAH



Sunday 9 September 2012

TAHUN 2

Melangkah sahaja ke UPM ni untuk kesekian kalinya.
Sekarang aku sudah masuk tahun Ke-2.
Bermakna ada dua tahun lagi yang tinggal untuk aku teruskan perjuangan di UPM ini.
Semoga perjuangan yang akan dilalui untuk tahun ini aku dapat tempuhnya dengan baik.
INSYALLAH
Aku harap semoga tahun ini aku akan cuba buat yang terbaik untuk diri aku.
Inilah sahaja untuk entry kali ini.
Selamat Malam.


Saturday 1 September 2012

PERJALANAN AKU

Pejam celik - pejam celik dah nak habis cuti sem dah.
Tapi keputusan sem lepas teruk la.
Aku ada gagal satu subjek.
Kena la aku ulang balik subjek tu.
HUHUHU
Sedihnya.
Aku harap sem depan aku dapat naikkan balik pinter aku dan aku harap aku dapat tumpukan pada akunya pelajaran sem depan.
Nasib baik keluarga aku faham dengan kos yang aku ambil.
Nasib baik 'family' aku 'support' aku.
Terima kasih kepada 'family' aku dan aku sayang mereka semua. 
Nasib baik subjek lain lulus.
Ok la tu.
Love you my mum, dad and all my families.