Tuesday 15 May 2012

PROGRAM "BREAKING THE BARRIER"

Program ini dianjurkan oleh BAKSIS kumpulan 15 di bawah pimpinan En. Muhazam dengan kerjasama SK Semenyih.
Program ini dilaksanakan bertujuan kepada pelajar darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Program ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 mei yang lepas.
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi ketenangan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Tetapi, dalam setiap aktiviti atau 'game' yang dijalankan terdapat input yang tersirat dalam pelbagai bentuk walaupun ia untuk mebentuk diri seseorang itu untuk menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.
Mungkin aktiviti ini boleh diteruskan lagi dan mungkin boleh dilaksanakan lebih dari 2 hari satu malam. 
Sebab untuk membentuk seseorang itu memerlukan masa yang lama.
Apa yang diharapkan agar pelajar-pelajar SK Semenyih dapat 'input' yang bermanfaat dari program ini.
Aku akan masukkan gambar kemudian sebab ada beberapa gambar tidak ada pada aku sekarang ini. 
Mungkin esok atau lusa brulah gambar dimasukkan.
Sekian untuk kali ini.


FIRDAUS (ABANG KAMERA)
:-)

No comments:

Post a Comment