Sunday, 22 September 2013

IKAN LAGA KU

Aku akan masukkan beberapa koleksi ikan laga aku.










Gambar yang bawah skali tu ada anak. Tapi jantan tu macam sakit saja.
Payah juga nak jaga

HARI LAHIR KU

Hari lahir ku tidaklah semeriah orang lain. Aku tidak kisah pun ianya di sambut atau pun tidak. Bagiku dapat ucapan dari orang yang aku sayang sudah mencukupi. Cuma tahun ini tambah lagi seorang orang yang tersayang. Siapa orang itu?

Biarlah rahsia buat masa ini. Tapi yang paling mengembirakan juga pada hari yang sama hadiah yang di kirim oleh orang yang tersayang sampai. Dalam itu ada beberapa benda tetapi aku rasa yang ini saja yang aku sempat ambil gambarnya. 

Di dalam kotak tersebut juga terselit 2 keping setem. Dia tahu aku gemar kumpul setem. Nanti aku tunjukkan koleksi setem aku yang aku ada sekarang. tapi tidak lah semu aku akan tunjukkan kerana keseluruhannya aku ada 5 album setem. Walaupun ada album yang tidak penuh, tapi semua itu akan diisi tidak lama lagi.


Ini kad kecil yang dia kasi. Thank you dear.

 Ini pula keychain yang dia kasi. Keychain ni dari Pekan Rabu.
Tambah lagi koleksi keychain aku.

Ini pula dompet yang dia kasi. Lawa juga. =)

Thank you to my mum, my sister and my lovely dear.
=)
Love you so much all.

Friday, 16 August 2013

GAMBAR TERBARU AKIL

Aku akan masukkan gambar terbaru seorang budak bernama Akil. Kan kat tepi tu ada gambar dia. Tapi tu gambar lama. Aku akan masukkan gambar terbaru dia. Lama tak masukkan gambar macam tu.




Wednesday, 14 August 2013

BLOGGER

Sudah hampir 3 bulan aku tidak 'update' blog. Tapi hari ini aku akan update apa yabg berlaku dalam 3 bulan ini. Sekarang aku sudah berpunya oleh seseorang wanita dan tidak perlulah lagi aku kasi tau siapa perempuan itu. Biarlah rahsia buat masa ini. Tetapi aku ada dapat sesuatu dari dia sempena raya dan juga sempena perkenalan kami. Semoga perkenalan ini sampai ke jinjang pelamin. Insyallah. Sekarang tengah cuti semester dan macam biasalah tugas aku bila cuti ni sebagai pekerja katering di Global Jaya Catering. Sekarang masih lagi berada dalam bulan Syawal. Walaupun ada masanya aku pergi beraya tetapi masa aku akan bekerja semula pun sudah bermula. Tidak apalah, aku masukkan gambar sajalah. Aku bukan ada idea sangat nak menulis ni. Otak aku kurang sikit dalam bab-bab menulis ni.

:-) 

 Inilah bear yang aku dapat dari seseorang yang teristimewa.






Friday, 31 May 2013

FINAL EXAM DATANG LAGI



Pejam celik - pejam celik. Tibalah masanya untuk mengetahui apa yang aku belajar selama 14 minggu di sini. Tapi rasanya macam tak belajar apa-apa pun sebab banyak benda aku tak faham.  Tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk memperbaiki 'pointer' aku yang semakin jatuh. Sekurang-kurangnya aku kena target dua subjek mesti dapat 'A' untuk kekalkan pointer sebab macam ada ura-ura yang aku akan mengulangi satu lagi subjek ja. 

Doakan aku supaya dapat jawab exam dengan baik.

Insyllah.



Thursday, 30 May 2013

DOODLE DARI MAISARAH RAHIM

Saja aku nak join segment dari blogger yang bernama Maisarah sempena 'First Anniversary' dia tapi tak sangka pula aku akan dapat 'doodle' dari dia. Lawalah juga.

Thank you.

Sini aku kasi link blog empunya diri yang memberi aku 'doodle' dan juga doodle yang aku dapat.



Lawanya.