Wednesday, 13 September 2017

PAGE FIRIRA BETTA

Dengan hobi aku yang semakin menggila dan dengan minat aku dalam bisnes, aku telah tubuhkan satu page khas untuk peminat ikan laga dan juga haiwan hiasan di dalam air terutamanya air tawar. Nak main air masin punya tak sampai lagi tahap tu. Kita buat apa yang kita termampu dulu buat masa sekarang.



Inilah page yang telah aku buat. Kalau ada apa-apa pertanyaan bolehlah tanya. Tapi aku tidaklah pandai mana. Mana yang aku tidak tahu akan aku tanyakan pada guru-guru yang telah berpengalaman lagi lama dari aku.

HOBIKU SEMAKIN MENGGILA

Mula-mula hobi aku hanya tertumpu pada ikan laga dan juga beberapa jenis ikan yang murah-murah sahaja. Sekarang hobi aku semakin menggila dengan pelbagai lagi haiwan air tawar termasuk udang hiasan dan juga spesis ikan yang hidup di negara lain yang dikenali sebagai "Killifish". Minat ini juga mendorong aku untuk berniaga haiwan-haiwan ini walaupun dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Haiwan-haiwan ini jugalah sebahai teman aku setiap malam selepas balik kerja. Rasa leka bila tengok haiwan-haiwan ini. Aku yang hanya bermula dengan ikan laga kini terdapat beberapa lagi haiwan dalam simpanan aku seperti udang hiasan, "Killifish", Guppy dan juga tidak lupa pada jenis ikan laga liar yang baru beberapa minggu masuk dalam koleksiku.

Ini adalah Cherry Shrimp dan merupakan koleksi pertama yang masuk dalam tangki akuarium aku saat mula baru berjinak nak bela udang.



Kemudian jenis "Red Rili Shrimp" diikuti dengan "Orange Shrimp" dan kemudian "Black Rili Shrimp".

Kemungkinan ada pertambahan koleksi udang aku di masa akan datang. Dalam perancangan nak sediakan tempat untuk buat ladang pembiakan udang hiasan aku sendiri. Untuk koleksi "Killifish pula aku ada jenis "Nothobranchius Guentheri Zanzibar" dan "Nothobranchius Eggersi Egg".

Ini killifish jenis "Nothobranchius Eggersi Egg"

Ini pula killifish jenis "Nothobranchius Guentheri Zanzibar"

Untuk ikan laga liar aku ada jenis "Paros Parvulus". Insyallah impian yang aku cuba capai sebelum ini akan menjadi kenyataan.

Gambate





Monday, 11 September 2017

MAJLIS KENDURI KAHWIN PADA 09 SEPTEMBER

Pada 09 September lepas telah berlangsungnya satu lagi majlis kenduri kahwin yang bertemakan air pancut dengan hiasan bunga dengan warna tema hitam kuning. Warna hitam kuning yang amat mempersonakan dan amat menarik perhatian sekali. Dengan bertemakan warna di raja dan sesuai sekali dengan temanya.




Tuesday, 15 August 2017

IKAN LAGA

Aku akan masukkan beberapa gambar ikan laga yang aku baru sahaja pos di dalam 'Facebook' untuk dijual. 









Ini antara ikan yang aku telah ambil gambar untuk dijual. Akan ada lagi beberapa ikan untuk dijual.

Sunday, 6 August 2017

MAJLIS KENDURI KAHWIN DI ECO CAMP PARK

Assalamualaikum.
Lama sudah saya tidak masukkan apa-apa yang terbaru kali ini. Saya cuma nak masukkan sedikit gambar tentang Majlis Kenduri Kahwin di Taman Eco Park.











Menarik bukan majlis ini dengan bertamakan merah jambu dan juga biru. Tema untuk meja buffer dalam majlis ini adalah English Garden dan makanan pengantin ala-ala barat sebab mereka makan 'Lamb Chop' yang di masak sendiri oleh pihak caterer.

Disini saya sertakan juga link katerer yang menjayakan majlis ini.



Sunday, 14 May 2017

BETTA 2017

Alhamdulillah. 
Setelah bertahun-tahun main ikan laga ni atau dikenali dengan panggilan betta baru tahun ini membuahkan hasil. Biar lambat, janji hasil terbaik. Biar kita mula dari bawah dan terus naik n terus naik walaupun saat naik itu banyak liku-liku yang perlu kita tempuh. Mulanya jual dekat UITM Shah Alam dan dapat sedikit hasil dan kemudian jual di Mydin Senawang dan juga membuahkan hasil walaupun sedikit dan ada pelanggan yang beli di Mydin Senawang datang ke rumah mencari lagi ikan betta ini. Dan sekarang langkah seterusnya. Insyallah akan membuahkan hasil

Insyallah.