Sunday 23 February 2014

KEYCHAIN LEGOLAND


Inilah Keychain dari Legoland. Nak pergi sana tak tahu bila dapat pergi. Dapat keychain pn kira okeylah. Janji tambah juga koleksi.




Saturday 15 February 2014

IKAN 2014

Untuk permulaan tahun ini aku bermula dengan ikan molly. Aku beli tidak sampai seminggu dah dapat fry ikan. Bagus betul macam ini. Sekarang aku ada fry untuk molly warna putih dengan molly bintik oren. Aku nak cari molly warna hitam, hitam putih, kuning n pelbagai lagi spesis molly. Ikan laga tetap dalam pencarian induknya. Aku dah order beberapa ekor. Cuma buat masa ini duit tidak mencukupi untuk membuat pembayaran kepada penjual. Nanti masuk duit aku bayar terus dan terus buat pembiakkan seterusnya.
Fry ikan aku tahun lepas mati. Tapi tidak apa sekurang-kurangnya ada sedikit ilmu untuk membiakkan dan membesarkan ikan laga.