Saturday, 4 January 2014

2014

Tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya dan kini tiba pula tahun 2014. Pada tahun ini aku nak belajar untuk biakkan ikan selain ikan laga. Ikan laga tetap juga aku biakkan dan aku telah pun menonton beberapa video untuk membiakkan ikan seperti guppy, tiger barb, molly dan beberapa lagi ikan hiasan dan aku akan cuba lakukannya dalam tahun ini. Insyallah.

Ini aku masukkan beberapa gambar anak ikan laga aku yang telah membesar. Dari beribu-ribu ekor yang menetas. Hanya ini sahaja yang hidup. Lebih kurang dalam 10 ekor sahaja. Tapi tidak apalah, aku telah mencuba yang terbaik dan aku akan cuba lagi lepas ini dan aku akan cuba untuk biakkan ikan lain juga.

Semoga apa yang aku buat ini berjaya. 
INSYALLAH




Dari banyak-banyak ini aku dapat kesan beberapa ekor ikan betina. Bolehlah guna untuk biakkan lain nanti.