Saturday, 4 May 2013

PESANAN SEORANG AYAH



Seorang Ayah akan lakukan apa sahaja demi anak-anaknya. Begitu juga ayah aku, beliau sanggup lakukan apa sahaja asalkan aku berjaya dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Hal ini kerana ayah aku selalu pesan pada aku supaya jangan tinggalkan solat dan kalau boleh, pergi solat berjemaah di surau dan sekiranya ada majlis ilmu, pergi dengar tidak kira siapa pun yang memberi ceramah dalam majlis ilmu itu. 

Ilmu dunia tetap di cari tetapi ilmu akhirat juga perlu di cari untuk kepentingan masa depan. Itulah yang sering  ayah aku pesan padaku. Sebab kenapa, ayah aku walaupun sudah berumur tetapi beliau tetap mencari ilmu akhirat juga walaupun sudah ada kerjaya kerana untuk diri dia sendiri. Dia cakap, dia mungkin tidak dapat mengajar aku kerana imunya pun tidak sehebat para Ulama' tetapi dia cuma boleh berpesan saja. 

Ayah Insyallah suatu hari nanti, pesanan ini akan di jadikan pedoman hidup. Bila dan ketikanya itu, aku akan cuba ubah diri aku secara perlahan-lahan kerana aku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. 

TERIMA KSASIH AYAH KERANA SERING MENGIGATKAN AKU.
SAYANG AYAH.

Semoga entry kali ini boleh di jadikan pedoman pada semua. Aku juga tidaklah sehebat ayahku tetapi nasihatnya sudah cukup mendewasakan aku kini. Semoga pesananmu ini akan aku pesan juga kepada anak-anakku kelak. 

INSYALLAH.  






No comments:

Post a Comment