Aku masih ingat lagi ketika mula-mula belajar matematik masa di tadika, aku di ajar dengan menggunakan biji asam jawa. Sebab benda tu paling senang dapat. Tapi tidak kisahlah sebab nak belajarkan. Lagi pun untuk permulaan saja. Lagi pun masa tu senang saja sebab kira pun dari nombor 1 hingga 10 saja. 10 tu pun dah kira banyaklah masa tu.
Biji asam jawa ni aku dapat sebab makan buah asam jawa. Bila tengok biji ni yang buat aku teringat masa aku tadika dulu.
Naik darjah satu aku mula belajar menggunakan jari dan juga aku di ajar menggunakan sempoa ketika tuisyen di satu rumah ini. Aku tidak ingat dah sebab dah berapa tahun dah lepas. Lagi pun masa tu aku ada kat Sabah dan sekarang aku berada di Negeri Sembilan. Lagi pun guna jari pun senang juga. Tapi kalu dah lebih sangat sampai beribu kenalah conteng kertas. Tapi kena juga guna jari untuk mengira sikit-sikit.
Yang ini sempoa. Aku belajar masa darjah satu saja. Sempoa aku pun entah mana hilangnya.
Yang ini semua orang tahu gambar apa. Tapi yang ini bukan jari aku. Jari aku lagi lawa.
Naik pula sekolah menengah aku sudah mula belajar bagaimana untuk mengira tanpa menggunakan kertas dan sempoa tetapi jari masih di gunakan bagi angka yang besarlah. Kemudian belajar menggunakan kalkulator sebab nombornya dah makin susah. Lagi pun pengiraanya dah lain dari sekolah rendah. Kalu sekolah rendah cuma mengira yang ada nombor sahaja tetapi naik sekolah belajar melibatkan huruf pula. Macam mana nak kira tu, kena tunggulah naik sekolah menengah.
Yang ini pula gambar kalkulator. Aku rasa sehingga hari ini aku sudah guna 4 kalkulator. Kenapa aku guna sampai 4, adalah sebabnya. Rahsia.
Tetapi bila naik universiti ni oengiraan dia boleh tahan susah. Tapi semuanya berpunca apa yang kita belajar ketika sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Lagi pun kos yang aku ambil nie memang banyak pengiraan. Benda biasalah. Nak tak nak aku akan tengok pengiraan juga.
Sampai sini sajalah entry kali ini. Aku nak cerita lebih-lebih tidak tahu nak cerita apa lagi. Lain kali aku update pula mengenai benda lain.
sblm guna kalkulator, otak cepat ja tangkap klau bab kira2 ni....tp lps pkai kalkulator...jwb soalan 1+1 pn tekan kalkulator...hoho
ReplyDeleteyg tu x tau la nk ckp pe..tp kdng2 sy x gna kalkulator gak..sbb mak slalu tnye scara tba2 klu kat rmh..
Deleteteringt zman2 kecik2 dulu kira guna tgn..naik skola mnengah dpt klkulator saintifik..terus mcm xcited ,..hoho..
ReplyDelete:)..ok la tue..
Deletetngn pn gna gak nk kire skrng..
tp skadar no kecik la..
no dh lbh sjuta gna kalkulator je..
mls nk kire gna tngn
teringat zaman skolah rendah dulu.. blajar math pakai anak2 batu.. huhuu.. bila xfaham apa yg cikgu ajar ambek ank batu tue baling kat kwn pastu buat dono.. hahaaa.. kenangan terindah zman budak2..
ReplyDeletebila kenang balik zaman sekolah adalah zaman paling best skali..
Delete