Tatkala mulut mengukirkan senyuman.
Tatkala diri sedang ketawa kerana kegembiraan.
Tatkala diri kelihatan tidak mempunyai apa-apa masalah.
Tetapi tidak siapa pun tahu apa yang tersirat di hati kita.
Kadang kala ia tidak terlihat pun di riak wajah kita kerana semua itu tersimpan dalam di dalam hati kita ini.
Kadang kala terlintas di kepala kita adakah perlu di kongsi sama perkara ini atau buarlah hanya tersimpan di dalam hati tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Tetapi bagi aku, biarlah ianya tersimpan kemas di dalam hati ini kerana mungkin suatu hari nanti ia akan terpadam dan mungkin juga akan kekal selamanya di dalam hati ini tanpa pengetahuan orang.
Tidak mungkin akan aku luahkan apa yang berada di dalam hati ini pada orang ramai.
Hati ini telah menyimpan seribu rahsia yang kadang kala ingin ku luahkan.
Tetapi pada siapa harus aku luahkan.
Mungkin aku patut luahkan rasa hati ini pada Maha Pencipta alam ini kerana itu lebih baik dari aku luahkan pada seseorang.
Dan sekiranya aku ingin luahkan pada seseorang, mestilah seseorang yang amat aku sayangi dan siapa orang itu.
Biarlah ia menjadi rahsia.
No comments:
Post a Comment