Salah ke aku mempunyai blog.
Aku rasa ianya tidak salah sebab aku tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan apa yang terbuku di hati aku.
Aku hanya mempunyai blog ini untuk aku kongsikan apa yang terbuku di hati aku dan selain itu aku juga ingin kongsikan segala aktiviti aku.
Tapi, kenapa ada orang yang ingin mengata aku ingin updatekan segala aktiviti aku dalam ini. (Biarlah, mulut orang. Bukan boleh ditutup pun)
Aku rasa tidak semua aktiviti yang aku lakukan aku masukkan di dalam ini kerana mungkin aktiviti yang tidak aku masukkan hanyalah aktiviti yang biasa di lakukan oleh setiap orang.
Aku rasa, aku tidak pernah menyakitkan hati orang di dalam blog aku ini.
Sekiranya ada, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.
Kerana aku juga hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan walaupun sekecil kesilapan pun.
Aku sedar siapa diri aku ini.
Aku bukanlah seorang yang ceria, bukanlah seorang yang dapat menyenangkan hati semua pihak.
Kerana itu aku lebih suka menyendiri menghadap 'game' komputer atau membuat sesuatu yang aku rasa bersesuaian dengan diri aku.
Tidak apalah kalau orang tidak suka pada aku kerana aku tahu dan sedar akan diri aku ini.
Biarlah aku dengan kehidupan aku.
Tetapi janganlah dengan hanya aku mempunyai blog atau apa saja yang berkaitan dengannya, aku menjadi umpatan orang.
Aku hanya mempunyai blog ini saja tempat aku berkongsi apa yang aku rasa aku perlu kongsikan kerana tidak semua perkara kita boleh kongsikan dan tidak semua perkara orang memhami diri kita.
Kalau ada yang tidak suka sekiranya aku mempunyai blog, terus teranglah supaya mudah untuk aku menutup akaun blog ini.
Ikhlas dari,
Empunya blog.
:-(
No comments:
Post a Comment