Tuesday, 14 October 2014

IKAN PERTAMA YANG DI PANCING

Buat pertama kalinya aku bawa orang yang aku sayang pergi memancing. Dia dah banyak kali ajak pergi memancing. Nak tak nak aku bawalah juga pergi memancing dan tempat memancing ini tidak jauh dari UPM ini. Di Taman Putra Perdana Puchong sahaja. Hari yang aku pergi tu ramai orang pergi memancing dekat situ. Dan aku carilah tempat yang ada orang juga. Aku tidak dapat apa-apa walaupun umpan aku banyak kali habis. Tetapi orang yang aku sayang dapat ikan. Itu pun bila dah nak balik dan tidak perasan pun pancing tu ada ikan sebab guna batu besar dan dapat ikan tidaklah besar mana. Tetapi untuk puaskan hati dia. Aku bawakan sahaja dan dia bela ikan tu.


Inilah ikan yang dia dapat. Nak kena belikan akuarium besar sikit dan lepas ini bolehlah letak ikan banyak sikit dalam akuarium tu.

2 comments: