Thursday, 7 November 2013

RETREAT PERMANIS 2013 DI ULU SEPRI

01/11/2013 - 05/11/2013 adalah tarikh Retreat Kepimpinan Mahasiswa Negeri Sembilan yang di sertai oleh beberapa universiti di Malaysia termasuk UNIMAS. Di sinilah saya berjumpa semula beberapa kawan lama yang pernah jumpa di beberapa program PERMANIS dan di sinilah aku berjumpa kawan baru dari beberapa universiti dan di sinilah terjalin ukhwah antara kami.

Bermula di bawah pengawasan BTN sehinggalah kami berada di bawah Yayasan N.S semula. Ukhwah yang terjalin ini menjadi lebih akrab dan moga perkenalan ini sehingga ke akhir hayat.

Apa yang membuat kami ingin berbakti kepada masyarakat N.S sendiri apabila satu kumpulan terjumpa seorang atok yang susah ingin membantu apabila kami diberi tugasan untuk mengumpul RM100 dan juga menyelesaikan tugasan yang diberi. Atok ini membantu dengan memberi RM1.30. Tetapi beliau yakin dengan Allah dan beliau mendapat lebih dari itu apabila duit yang setiap kumpulan dapat itu diberi kepada atok tersebut dan juga tambahan dari seorang umat ini menambah lagi fuit itu untuk mengenapkan duit itu menjadi RM1000. Itu namanya rezeki dari Allah. Atok itu gembira apabila kami ramai-ramai pergi ke rumahnya.

Ada juga aktiviti lain yang kami lakukan di situ. Cuma tidak banyak gambar yang ada. Tidak apalah. Aku tidak tahu nak cerita macam mana sebab aku bukan berada dalam bidang penulisan. Aku masukkah gambar sajalah. Lagi senang.















Semoga jaminan ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.


No comments:

Post a Comment