Saturday, 16 March 2013

KELUARGA ANGKATKU DI SARAWAK (KKP2013)

Seperti yang aku pernah tulis pada entry sebelum ini, ketika kami di Sarawak untuk Program Kembara Kebajikan Putra K-10, kami di berikan di bawah jagaan keluarga angkat. Untuk entry kali ini, aku cuma tumpukan pada cerita tentang keluarga angkat aku saja.

Nama bapa angkat aku Tejeli dan nama mak angkat aku pula sophia atau lebih dikenali sebagai mak miji oleh budak-budak kampung. Dia orang mempunyai 3 orang anak saja, seorang lelaki dan dua perempuan dan yang perempuan tu kembar. Yang lelaki tu bernama Temizie (abbo) dan yang perempuan pula bernama Tyeqah (adik) dan Zyerah (kakak). Walau bagaimanapun aku cuma jumpa dengan kakak saja kerana adik dan abbo belajar dekat semenanjung (Malaya). Abbo belajar dekat ADTeC Melaka dan adik pula belajar di Institut Pendidikan Teknikal Nilai. Adik beradik angkat aku pula namanya Wan Afiq  (Tenung). Banyak kenangan aku bersama keluarga angkat aku semasa di Sarawak.Mereka terlalu baik pada aku dan juga tenung dan mereka menjaga kami seperti mana mereka menjaga anak mereka sendiri. Makan minum kami tidak pernah kurang malah mereka juga memahami kami yang kami berada dalam aktiviti yang mempunyai perjalanan jadual yang tetap. Tetapi kami juga cube meluangkan masa berssama mereka pada waktu malam kerana pada waktu siang kami tidak berkesempatan untuk berborak. Terima kasih pada mereka kerana telah menjaga kami tatkala kami di sana ketika aktiviti Kembara Kebajikan Putra sedang berlangsung. Kalau ada rezeki nanti. Aku akan ke sana untuk melawat mereka. 

Insyallah.











No comments:

Post a Comment