Tuesday, 26 February 2013

KEMBARA KEBAJIKAN PUTRA 2013

Kembara Kebajikan Putra adalah aktiviti tahunan K-10. Cuma tahun ini ada kelainan sikit sebab kebiasaanya kami yang akan panggil orang untuk menetap di K-10 tetapi pada tahun ini kami yang ke tempat orang. Tempat yang di pilih pada tahun ini adalah di Bintulu, Sarawak dan kali ini aktivitinya lagi lama iaitu selama 9 hari. Seronok juga dapat pergi ke tempat orang. Masa inilah nak merasa pergi ke tempat orang. Dah rezeki dapat pergi sana sekali. Aktiviti juga amat sesuai dengan nama program kami iaitu Kembara Kebajikan Putra. Kami menetap di Kampung Penan Muslim, Batu 10, Bintulu. Antara aktiviti kami di sana adalah gotong - royong, perarakan Maulidur Rasul mewakili Kg. Penan Muslim dan juga aktiviti di sekolah untuk membantu pelajar - pelajar sekolah tersebut untuk menguasai Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Aku akan masukkan sedikit demi sedikit sebab banyak sangat gambar. Maklumlah aktiviti 9 hari. Aku akan masukkan dengan aktiviti perasmian yang berlansung di Kg. Penan Muslim di mana kami di sambut dengan baik sekali oleh penduduk Kampung. Dalam  majlis perasmian itu juga kami diserahkan kepada keluarga kami.







Ini adalah antara keluarga angkat beserta anak angkat ketika majlis perasmian sedang berlangsung.












No comments:

Post a Comment