Hari ini aku pergi tengok teater Badai Semalam.
Best citer dia.
Memang 'touching' gila tengok teater ni.
Tak silap aku.
Aku ada buku dia.
Tapi aku tak pernah nak baca pun.
Kenapa yea?
Mungkin aku sibuk kot.
Sampai terlupa pasal buku ni.
bila cerita di pentaskan baru la aku teringat pasal bukunya.
Entah mana-mana aku letak bukunya.
Dah hilang kot.
Tak per la.
Nanti aku cari balik.
Cerita Badai Semalam ni mengisahkan anak orang gaji yang bernama Mazni dan Ibunya yang sedang sakit. Walaupun ibunya sakit, tetapi majikannya tetap suruh mereka dua beranak tinggal di rumah tersebut. Dan kemudian anak majikannya yang bernama Karim ni adalah seorang kaki mabuk dan kaki perempuan. Tetapi akibat satu kemalangan, sikap Karim ni berubah serta-merta sebab Mazni sentiasa datang menjenguknya di hospital. Dan disebabkan itu, Karim mula mencintai Mazni. Tetapi Mazni terasa berat untuk menerima cinta Karim. Akibat keakraban KArim dengan Mazni, Ada fitnah yang mengatakan Karim nak kahwin dengan Mazni disebabkab Mazni telah mengandungkan anak luar nikah. Disebabkan fitnah itu, Ibu Mazni menemui ajal disebabkan seranggan jantung. Walaupun sudah lama berkenalan dengan Zaki, Mazni tetap berkahwin dengan Karim disebabkan rasa terhutang budi pada keluarga itu. Akibat terlalu mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor, dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Karim. Dan karim mula berubah ke tabiat asalnya iaitu minum arak dan pergi ke disko. Pada suatu hari, Mazni pergi menemui Zaki untuk mengucapkan tahniah kepada Zaki di sebabkan Zaki berjaya menjadi seorang doktor. Kemudian muncul pula fitnah yang MAzni curang kepada Karom dan menjadikan Karim amat marah dan bertindak memukul Mazni dan Mazni dihalau keluar oleh Karim daripada rumah mereka. Selepas kejadian itu, barulah Karim sedar akan tindakannya itu. Apabila Karim melawanya di hospital, Mazni meminta Karim melepaskannya dan kemudian Mazni membawa diri ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sana sebagai seorang doktor.
TAMAT
untung le
ReplyDeletedh org yg bwk g tngk..
ReplyDeletekte ikt jew