Wednesday 8 April 2015

HOBI DAN MINAT

Minat aku pada ikan hisan menyebabkan aku ingin belajar bagaimana untuk membiakkan ikan hiasan ini walaupun di buat di dalam rumah sahaja. Minat ini mula masa sekolah dulu yang hanya membela pelbagai ikan hiasan dan ketika itu tidak tahu apa-apa pun dan macam mana nak tukar air ikan pun tidak tahu dan menyebabkan banyak ikan mati selepas air di tukar pada waktu itu dan kini minat itu menjadi lebih mendalam apabila ingin belajar tentang kehidupan ikan itu dan jenis-jenis ikan serta cara membiakkannya. Buat masa ini aku telah berjaya membiakkan sword tail, guppy dan betta. Tetapi untuk sampai tahap tumbesaran yang maksimum tu tidak sampai lah lagi. Umur Juvenile betta aku paling lama pun 2 bulan lebih dan bila di bawa balik seremban. Tidak ada orang nak jaga. Tahu-tahu dah mati sahaja. Guppy pun susah jugalah mungkin sebab bela dalam bekas kecil sahajakan. Tetapi itu tidak membuat aku putus asa dan sekarang aku ada anak swortail, ballon molly dan juga betta. Fry betta aku baru sahaja berumur 3 minggu, 2 minggu, 4 hari dan baru sehari. Buat masa ini aku cuba dengan betta yang murah-murah dulu. Dah betul-betul aku bekerjaya nanti aku akan cuba dengan betta yang lain pula. Jenis betta yang aku ada antaranya V-Tail, Half Moon Plakat (HMPK), Half Moon (HM) dan Imbellis yang orang dah biakkan di rumah.

 Tidak banyak pun ikan dalam ni. Ada ikan sisik tebal yang aku sauk dalam parit dekat kampung aku dan ada sekor anak molly dan sekor anak ikan yang aku tidak tahu namanya.

 Ini pula ikan laga jenis Half Moon yang aku beli dan semua ini betina. Ini link "facebook" owner aku beli ikan ini Abu Hurairah. Ikan ini baru sahaja sampai semalam.

Di dalam ini ada beberapa fry yang baru sahaja menetas dan masih ada ikan jantan di dalamnya. Dalam 4 hari lagi aku akan keluarkan jantan dari dalam bekas ini.

 Ini antara tempat pembiakan ikan aku. Dalam bekas putih tu ada fry yang baru berumur 4 hari dan ikan jantan pun sudahpun dikeluarkan dari dalam bekas tersebut.

Dalam bekas yang bawah ada anak swortail dan yang atas atas anak betta dah masuk 3 minggu. 

Ini sajalah yang boleh aku update mengenai minat dan hobi aku tehadap ikan. Ikuti perkembangannya dalam entry akan datang.

LADANG 2015 CHAPTER 2

Dah hampir sebulan berlalu selepas entry Ladang 2015 Chapter 1 saya update pada 22 Mac lepas. Kali ini saya akan update perkembangan yang berlaku di ladang jagung pada semester ini.

Pada minggu ke-5 dan ketika itu umur jagung baru sahaja seminggu. Banjir berlaku di ladang dan terdapat anak pokok yang di tenggelami air dan pada minggu ke-5 ini juga sulaman anak pokok dilakukan di tempat yang di mana anak pokok jagung tidak bercambah. Mungkin sebab di makan burung atau pun biji benih memang tidak bercambah. 

Pada minggu ke-6 pula kerja-kerja menyembur racun serangga dilakukan serta kerja sulaman juga turut dilakukan kerana jumlah anak pokok untuk sulaman pada minggu sebelumnya tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, di kawasan yang air bertakung tidak dilakukan sulaman sebab sekarang musim tidak menentu. Selalu hujan waktu petang. Kalau buat sulaman di tempat air bertakung. Peratusan untuk anak pokok hidup amat rendah.

Pada minggu ini dan merupakan minggu ke-7 di UPM dan umur anak pokok jagung telah pun mencapai 3 minggu. Itu pun masih terdapat anak pokok yang terbantut tumbesarannya mungkin disebabkan air yang terlebih di kawasan terbabit. Pada minggu ini juga kerja-kerja membaja secara manual dilakukan serta kerja-kerja mebuang rumpai dilakukan. Maklumlah, hujan kerap turun. Jadi rumpai lagi cepat naik dari anak pokok. Kenalah buat kerja-kerja membuang rumpai.

Disini disertakan gambar sekali.

Minggu ke-5

Ini antara anak pokok yang sudah mula mengeluarkan pujuk pertamanya pada minggu pertama selepas di semai.

Gambar sebelah kiri merupakan gambar anak pokok yang terbantut sikit dan masih belum mengeluarkan pucuk dan gambar sebelah kanan pula gambar anak pokok yang patah.

Ini pula gambar anak pokok yang digunakan untuk kerja-kerja menyulam anak pokok di dalam ladang.

Apa yang jelas di dalam gambar ini ialah terdapat anak pokok yang di tenggelami air selepas hujan yang turun sebelum gambar ini diambil.

Minggu ke-6


Ini kerja-kerja menyembur racun di dalam ladang  menggunakan "high clearance tractor" dan "spayer".

Minggu ke-7

Minggu ini tidak ada gambar kerja-kerja menabur baja dan juga kerja-kerja membuang rumpai dilakukan. Yang ada cuma gambar-gambar anak pokok jagung yang berumur 3 minggu sahaja.

Ini gamabar anak jagung yang tumbuh dengan sihatnya.

Ini pula gamabar anak pokok yang terbantut sedikit tumbesarannya. Berbeza dengan anak pokok yang tadi.

Dari dalam gambar ini, kelihatan jelas terdapat perbezaan pada ketinggian anak pokok jagung yang telah di tanam di ladang ini. Mudah-mudahan semua tumbuh dengan baik selepas ini.

Ini sajalah untuk entry kali ini. Tunggu entry yang akan datang yang akan menampakkan lagi ketinggian anak pokok jagung ini. Semoga pokok jagung ini tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.