Sunday 18 January 2015

PENGALAMAN MEMATANGKAN SESEORANG

Seperti orang yang selalu katakan, "Pengalaman yang lepas akan mematangkan seseorang".  Mungkin pengalaman yang telah berlaku pada aku itu akan mematangkan aku untuk menjadi seorang manusia. Pengalaman itu cukup bermakna dan menjadi sejarah dalam kehidupan seseorang dan kita perlulah mengimbas sejarah kita untuk berjaya di masa hadapan. Sejarah manusia itulah yang akan menjadi pengalaman yang akan mengubah setiap tindak tanduk manusia itu. Tetapi tidak semua manusia sedar akan pengalaman itu boleh menjadi bermakna untuk mengubah kehidupan yang akan datang. Aku bukanlah seseorang yang baik dan sempurna tetapi aku harap pengalaman yang lepas itu akan mematangkan aku untuk melalui liku-liku kehipan yang penuh pancaroba ini. Lagi-lagi dengan usia yang makin meningkat ini dan aku harap aku dapat mengubah corak kehidupan aku lagi-lagi bila berada di tahun akhir ini dan tinggal satu semester sahaja lagi. Semoga aku dapat tempuhi dengan tabah. 

Semoga pengalaman yang berlaku selama ini akan matangkan aku dan menjadi kenangan dan sejarah manis dan pahit dalam kehidupan aku. Aku tidak dapat menulis semua sejarah kehidupan aku kepada umum kerana akan ada sejarah itu akan di simpan oleh orang yang melauinya sahaja kerana tidak semua perkara boleh diberitahu kepada umum dan biarlah ia tersimpan rapi di jiwa ini dan di bawa pergi sekali sekiranya aku tidak ada lagi di dunia ini.

Cukuplah sampi di sini sahaja untuk kali ini. Cuma aku ingin berpesan kepada semua agar menjadikan pengalaman dan sejarah lepas itu tauladan kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan mematangkan semua untuk menjalani baki liku-liku kehidupan.

Monday 5 January 2015

TAHUN BARU 2015

ASSALAMUALAIKUM, 

Dah masuk tahun 2015 dah. Tahun penentu untuk segala perjalanan aku sebgai seorang graduat dan merupakan tahun terakhir aku untuk bergelar seorang graduat. Insyallah selepas itu akan bermulanya sebagai orang yang bekerjaya. Tahun 2014 yang lepas begitu banyak dugaan yang di lalui tetapi semuanya tidak ku update dalam ini. Bukan tidak ada masa. Tetapi atas sebab-sebab tertentu. Tahun 2014 akan menjadi sejarah kepada kehidupan aku yang lepas akan aku tempuhi tahun 2015 dengan tabah. 

Begitu banyak dugaan dan cabaran yang telah aku lalui pada tahun 2014 dan semoga pengalaman yang le[as itu boleh mematangkan aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang pada tahun 2015. tahun 2014 di tutup dengan peperiksaan akhir untuk kertas pertama dan lembaran 2015 pula di buka dengan kertas ke-2 dan ke-3.

Tidak banyak yang ingin aku "update" di sini tetapi akan ada beberapa aktiviti pada 2014 yang tidak aku sempat update akan aku updatekan pada kemudian hari. Semoga perjalanan aku untuk tahun 2015 yang mencabar ini dapat aku tempuhi dengan hati yang tabah. Insyallah. 

PENGALAMAN MEMATANGKAN SESEORANG UNTUK MENJALANI HARI-HARI MENDATANG.