Monday 26 May 2014

KEYCHAIN BARU








Tuesday 20 May 2014

ULANG TAHUN KE-3 BLOG "MY LIFE"

Dalam diam-diam sudah masuk tahun ke-3 aku mempunyai blog. Di sini juga terdapat manis pahit aku. Walaupun tidak semua perkara yang berlaku pada aku boleh di tulis di dalam ini, ini sudah cukup memadai untuk aku kongsi bersama. Aku mungkin tidak sehebat orang lain untnk berblogger tetapi ini adalah tempat aku kongsikan beberapa perkara yang aku ada dan aku ketahui serta aktiviti aku. 

Dan dalam masa tiga tahun ini jugalah adakalanya aku lebih selesa berada di sini berbanding berkongsi apa yang aku ada bersama orang lain melainkan seseorang yang aku kenal sejak setahun lalu. Dia merupakan sahabat yang setia mendengar dan membantu dalam pelbagai masalah. Walaupun selama setahun itu ada suka dan duka, tetapi itu membuat aku untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dan selama itulah juga aku mendapat sokongan daripadanya. Adakalnya dia adalah tempat aku bergaduh, tetapi aku harap hubungan persahabtan yang terjalin sampai ke jinjang pelamin. INSYALLAH.

TERIMA KASIH PADA SAHABAT-SAHABAT YANG FOLLOW BLOGGER INI ATAS SOKONGAN YANG DIBERI PADA BLOGGER YANG TIDAK SEBERAPA INI. AKU HARAP DAPAT MEMPELBAIKINYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. INSYALLAH

TERIMA KASIH JUGA PADA INSAN YANG SUDI MENJADI SAHABAT KETIKA SUSAH DAN SENANG UNTUK MENGHARUNGI LIKU-LIKU KEHIDUPAN. 

SEMOGA BERJAYA DAPAT GRADUATE DENGAN CEMERLANG.

BLOG 2014

Terlalu banyajk benda yang berlaku pada tahun ini aku tidak update lagi. Ada yang aku buat pada bulan Februari hingga Mei ini. Aku cuba update satu persatu mengikut keluagan masa yang aku ada. Sebelum ini bukan masa tidak ada. Cuma ada sedikit kemalasan di situ untuk update blogger yang masuk tahun ke-3 aku berblog. Blogger ini pun sudah menyambut ulangtahunnya yang ke-3 pada 16 Mei lalu. Aku tidak perasan. Sedihnya.

Antara perkara yang aku akan update di dalam ini antaranya :

- Kursus kahwin yang aku pernah hadiri.
- Projek jagung subjek Jentera Perladangan.
- Projek subjek Pemprosesan Pertanian
- Aktiviti-aktiviti PERMANIS
  - Induksi 2014
  - KJ Muda
- MiROC 2014

Ini antara aktiviti aku untuk sem ini. Tidak lupa juga mengenai tempat praktikal yang aku akan jalani mulai cuti semester ini.