Wednesday 11 December 2013

KEYCHAIN YANG TERBARU

Keychain aku mula bertambah sekarang. Tidak tahulah aku berapa banyak keychain yang aku ada sekarang ini. Yang terbaru aku dapat keychain Singapore pemberian member sebilik aku sebab dia ade lawatan ke sana. Ada juga yang aku beli sendiri dan ada ada yang di beri oleh usu aku. Yang paling bermakna keychain pemberian dari seseorang yang istimewa.

Aku akan masukkan sekali gambar keychain terbaru aku.










Tuesday 3 December 2013

PHOTOSHOP

Setelah 7 tahun aku tinggalkan alam menggunakan software seperti photoshop, 3D image dan sebagainya. Aku menggunakan semula software photoshop. Itu pun aku dah banyak lupa bagaimana hendak menggunakan photoshop ini. Tapi alhamdululillah aku berjaya juga menggunakannya untuk menghasil 2 poster yang aku rasa tidaklah sehebat orang yang terlibat dalam bidang designer. Aku cuma amatur yang baru hendak belajar saja. Lagi pun masa sekolah dulu pun aku tidaklah sehebat kawan-kawan aku. Aku biasa-biasa saja.

Di sini aku akan masukkan sekali poster yang telah aku hasilkan.


 Yang ini poster yang pertama aku buat. Tidaklah lawa mana. Okeylah juga walaupun dah lama tidak menggunakan photoshop.


Yang ini pula poster kedua aku buat dan poster ini telah dipersetujui dan poster ini akan dibuat untuk banner ketika hari kejadian. Yang ini aku buat dalam masa yang amat singkat berbanding poster pertama. Al-maklumlah, lama tidak menggunakan software photoshop. Tu yang jadi lambat sikit tu masa nak hasilkan poster pertama.